Sunday, November 16, 2014

Pengalaman Pertama di ZALORA

Assalamualaikum.

Okay, sebenarnya aku dapat email  invitation to collaborate dengan ZALORA beberapa hari yang lepas. Aku kena buat entri dan sebagai token penghargaan ZALORA bagi voucher RM50. Ya..Ya.. Aku tau ramai dah blogger yang dapat jugak, dari tahun lepas lagi kan?dan hangpa pun pasti salah seorang dari blogger tersebut. Aku ja yang ketinggalan sikit.hehe

Aku dah buat pun entri tu jumaat lepas kat sini. Selepas tu aku dapat code untuk voucher tersebut dan petang tu jugak aku beli pilih kat ZALORA. Aku ada berkenan kat satu kasut loafer ni. Tapi sebab voucher ni tak sah untuk barang diskaun dan risau saiz tak sesuai *malas nak return kemudian sebab ghenyah, maka aku buat keputusan untuk pilih beg.


Kalau ikutkan barang yang dibeli bawah RM75 ada shipping fee RM5 untuk Semenanjung Malaysia. Tapi aku tak kena bayar shipping fee tu sebab FREE. *aku pun tak tau kenapa, mungkin sebab guna voucher kot?

Masa ni aku settle order pada pukul 5.47 petang hari Jumaat. Aku bajet sampai rumah hari isnin. Tapi, kelmarin hari Sabtu pukul 5 lebih, aku dengar bunyi loceng. Tapi aku buat dunno ja sebab selalu petang-petang mesti kawan adik aku yang ajak dia main kat padang. Lepas tu adik aku ketuk pintu bilik, dan bagi bungkusan kat bawah ni :


Terkejut la aku. Kenapa macam pantas sangat? Bayangkan dari Shah Alam ke Kedah. Yang aku pelik hari sabtu pun Gdex buat penghantaran ka?Dalam pelik-pelik pun haruslah seronok sebab barang sampai awal.  


poslaju pun disertakan sekali untuk pemulangan barang jika tak puas hati.

Tadaaa. Aku memang puas hati.

Sebelum ni aku pernah dengar cerita yang tak enak tentang servis ZALORA. Risau jugak, tambah pulak barang guna voucher, takut depa buat ala kadar ja. Tapi alhamdulillah nampaknya ZALORA dah tingkatkan servis. Aku memang puas hati. Pendapat jujur dari aku, memang terbaik la servis dari ZALORA dan Gdex! Harap servis macam ni dapat diteruskan.


^_^


55 comments:

  1. Singgah hujung minggu disini..

    Not bad Zalora..excellent service...

    ReplyDelete
  2. Alaa..sy xreti ponn nk buat cm fafa. Ajarin eh..hihi :P

    ReplyDelete
  3. xpna lagi dpt vocher rm 5o T-T
    dan xpna shoping zalora ni. hahaha

    mmg minat beg ek? huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo..shopping tempat lain mesti pernah kan?hehee ^_^

      mestilah,nama pun perempuan. hehe. lagipun beg ja la yang tak perlu saiz pun. kalau yang lain ada saiz payah.

      Delete
  4. Wahh. Bestnyaa. IM tengah memilih-milih lg :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. saya yang gelojoh terus pilih. sebab malas nak pikir dah.
      dok pilih tak habeh lagi rupanya. rasanya im dapat dulu kan. hehe ^_^

      Delete
    2. Mungkinlah. Hehe. Dah siap pilih. Hehe

      Delete
  5. Kalau nk discount lpas ni, ambik je voucher kt blog sy k.. ada sy tampal kt situ. Voucher tu 15%.. tapi tengok promotion Zalora gak, kdg2 voucher tu boleh lebih. Voucher kt blog sy tu boleh guna byk kali & share ngn orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh,menarik ni. tq kasut. insyaAllah akan digunakan bila nak membeli next time.^_^

      Delete
    2. Wah!!! Baik nyer ... Menarik nie ...

      Delete
  6. Replies
    1. guna vaucher pun dikira shopping jugak ka?hehe ^_^

      Delete
  7. Ramai dah orang shopping dekat Zalora ni.

    ReplyDelete
  8. den memang tak ngethi nak beli2 pakai service online ni..
    tetiba jadi buta IT.. miahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. nak beli online ni tak payah celik it pun sis gee. ^_^

      Delete
  9. Senangkan shopping online. Takde penat2 pergi shopping complex..Cuma tunggu barang sampai je.. hihi


    jom singgah sini http://www.cintavitamin.com

    ReplyDelete
  10. Cik Mimie tak pernah dapat pun emel collaboration dengan Zalora pun..T_T nak jugak voucher..hahaha..

    Cik Mimie dah shopping dekat Zalora da, masa sale hari itu...memang excellent and good service..brg pun cntik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa, cik mimie takpala dah keja, boleh guna duit sendiri.hehehe

      tu la,perasan yang cik mimie beli yang promosi rm11 tu kan. betul, barang cantik dan servis terbaik! ^_^

      Delete
    2. Moga Cik Mimie dapat collaborate nanti ;)

      Delete
    3. rasanya cik mimie dah dapat pun. hehe

      Delete
  11. sama la kita cik fafa..timm pun dpt voucher..dah xtau nak beli apa pulak..hewhew..ingat nak beli beg jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay, geng. tu la,memang rambang mata. hehe. beli ja beg, cantik2 gak. ^_^

      Delete
  12. tahniah. bestnya dapat voucher. aku tak pernah pun beli barang kat zalora. maybe blog aku tak best. haha.
    abang aku pun ada gk beli kasut tuari esok dah sampai. laju servis dorang ni. kos nak return balik pun under depa. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq! blog ang pun best apa. ^_^
      yaka?tu la,laju. yang aku lagi pelik sebab sabtu pun depa buat penghantaran. betoi tu,jimat2. tapi ghenyah la kot nak return barang. hehe

      Delete
  13. Wah! Best nyer ... Saya pun pernah dapat, dan saya pun ambil keputusan beli bag, takut nk beli kasut or blouse, atas sebab yg sama jgk, takut tak saiz, malas nak ghenyah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah jugak kepada kak sebab dapat. ^_^
      tu la, beli beg senang. tak payah pikir saiz. hehe

      Delete
  14. Wow, excellent service! Puas hati beli barang camni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, ingat lepas ni memang nak beli kat sini lagi. puas hati. ^_^

      Delete
  15. CT nyeeee sampai dah jugak hahaha. pantas kan kita guna muahaha. tapi kat penang la tak tengok lagi macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. haruslah pantas kan. owhh, ingat ct kat penang dah sekarang.

      Delete
  16. Cantiknya beg tu.
    Akak tak penah lagi shopping dengan zalora ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok la sapa pilih.hehe. try la shopping, bagus servis depa ni. ^_^

      Delete
  17. wah..best la dapat voucher..IbuNoey ada gak berkenan ngan items kat Zalora..tapi setakat ni masih belum buat pembelian lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, barang2 kat zalora memang membuatkan keinginan nak membeli tu membuak2. hehe

      Delete
  18. tak tahu pulak Zalora boleh collaborate dengan blogger erk.. hhihi. skang ni tak rajin lagi nak godek2 zalora.. nnti lahh.. kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, saya google tengok ramai jugak blogger yang dah dapat. ^^ takpa, beli ikut keperluan, bukan ikut kehendak. hehehe

      Delete
  19. comelnya beg.. kita kalau kasut atau baju takut nak beli online..aritu terbli..sekali kau saiz tk ngam dengan badan walau dh ukur..huhu.. tapi beg2 kat zalora mmg comel2..ada aim satu..kumpul duit ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?bila dah silap saiz tu mesti rara argghhh. hehe. better lagi beli yang tak perlu ada saiz. memang pun cantik2, rambang mata masa nak pilih. tapi takpa,nanti dah terkumpul boleh la beli satu. ^_^

      Delete
  20. Untungla org tu.. tp mmg cpt penghntran dia kan... gud service

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, good service. ni ayu tau ni, mesti pernah membeli kat zalora ni. =p

      Delete
  21. fafa. kita baru dapat invitation untuk collaborate dengan zalora. reply macam biasa je ke email diorang tu ?

    ReplyDelete