Wednesday, November 12, 2014

Makan di Restoran D'Green Seafood


Assalamualaikum.

Ni kisah sabtu lepas. Selepas konvo kakak aku, kami singgah makan di Restoran D'Green Seafood yang terletak di Changloon, Kedah. Tak jauh dengan persimpangan traffic light depan C-Mart Changloon.



Air fav aku. Limau ais RM1.20
Nasi goreng cina RM4.50. Nampak ja macam nasi goreng kosong, tapi sedap gak. sambal belacan pun sedap.

Maaf, gambar makanan lain aku tak snap pun sebab masing-masing dah makan sebelum sempat aku ambik gambar. Yang lain makan bihun sup, nasi goreng kampung, nasi goreng daging merah, nasi goreng paprik, nasi putih+tomyam putih. Air pulak aku tak ingat.

Selain makanan bergoreng, ada jugak makanan seafood ala-ala thai macam ikan tiga rasa/kengsom(asam pedas siam), sotong/udang goreng tepung,dan macam-macam la standard makanan seafood kat tempat lain. Kerabu kaki ayam atau somtam pun ada.

Harga bagi aku standard biasa la. Rasa pulak kalau ikut tekak aku memang sedap. Yang lain pun sedap gak. Memang ramai betul orang, penuh tempat. Salah satu cara nak tau tempat tu sedap dengan tengok orang ramai ka tak. atau mungkin masa tu sebab konvo sama kot. Tempat pulak selesa yang penting bersih. Tempat parking pun luas. Walaupun ramai, tapi tak la tunggu lama mana sangat pun untuk makanan sampai. Kira pantas jugak la. *assobru minal iman.
 

Aku bagi 4.5/5.

Orang uum kalau tak tau nak pi makan malam kat mana, boleh singgah makan kat sini. Esok hari last konvo, boleh la ajak family makan esok malam.

^_^

34 comments:

  1. lamanya takkeluar makan seafood. hehehe, kedai seafood,cik fafa order seafood x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ajak la family pi makan. kat mana2 negeri pun ada restoran seafood. tomyam seafood ja. ^_^

      Delete
  2. c-mart yang kena serang dengan dinasour dulu tu ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa? dinasour?? ehh,zaman bila pulak ada dinasour kat changloon ni.

      Delete
  3. Awat entry makan2 ni..hahahah..lapaq cheq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. panduan untuk sapa yang tak tau nak pi makan kat mana. lapaq sokmo. =P

      Delete
  4. hihi,,kedah ni mmg famous dgn mknn yg sedap n murah..kan3..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa, tu yang dok sini kui debab. sebab makanan murah2 sedap2. hehe

      Delete
  5. makan lagik.hahah
    skg jarang makan luar.. salu makan lauk sndri masak. jemu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sabtu lepas punya cerita la. hehe.
      lagi bagus makan kat rumah, jimat dan lebih healthy gitu. sekali sekala boleh la kalau nak makan kat luaq. ^_^

      Delete
  6. Dulu masa zumal duk mengaji sana restoren nie tak dak lagi rasanya... Dulu duk makan char kuey teow dekat2 C-Mart tu, udang penuh pinggan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka?kalau tak silap rasanya restoran ni baru bukak tahun 2011@2012. ^_^
      char kueyteow kat gerai pak dib tu ka?*kalau tak silap

      Delete
  7. wow ini pun 4.5/5 hihi baguih la kalo orang suruh Cik Fafa buat review. sure laku sokmo hihi.. jap kerabu kaki ayam ? okay first time deNgr. apakah rupa dan rasanya ? huurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. dah memang sedap pun. rate sama ja la barulah fair.
      aikk, takkan tak pernah dengaq? sila google untuk tau rupa. ruginyaaa tak pernah rasaaa. hehe


      Delete
  8. wow, green benor. hahaha... kadang-kadang macma tu kan.. kira don't judge a book by its cover la XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kalau malam la. kalau siang tak nampak dah greennya. hehe. betul2. =P

      Delete
  9. Kalau ada sambal belacan tu memang perghhh..

    ReplyDelete
  10. penyakit bawaan sekarang ,ambil gambar dlu sblm makan. doa baca dalam hati ja.kekadang menyampah jga la nak ngap ada yang tahan semata2 nak ambil gambar..tapi peduli apa aku..ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. aku ambil gambar bukan saja nak menunjuk. tapi untuk bagi panduan untuk sapa2 yang nak cari tempat makan. ^_^

      Delete
  11. tak pernah lagi sampai ke sana.. one day maybe.. ^_^

    ReplyDelete
  12. Ooo ijaooo... adik ade kem ng uum nun... aishhh ikitt tekak cik fafa sedap saje kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka. dekat sangat dah la uum. haruslah, tambah orang yang suka makan. semua pun kata sedap. haha

      Delete