Saturday, November 22, 2014

Bila Hati AKU Berbicara

Assalamualaikum.

Aku rasa macam lama pulak tak update entri baru. Hangpa pun mesti bosan asyik-asyik tengok blog aku ni entri segmen ja lebih. Bukan hangpa ja rasa camtu, aku pun. Rasa macam nak buat satu lagi blog khas untuk segmen tapi tengok la nanti kalau rajin.

Balik kepada tajuk asal..

Sepanjang 2 hari ni aku dok marathon tengok #BilaHatiBerbicara. Pulun tau tengok 15 episod. Aku kan tak tengok tv, jadi aku tengok online ja semua.  Jujur aku cakap aku dah jatuh cinta dengan drama ni. Ehh sat.. Jatuh cinta dengan watak sebenarnya. Siapakah? Tengok gambar kat bawah :

Yep, #Badri. Siapa #TeamBadri macam aku gak? Gimme five! Walaupun aku tau tak dak harapan pun untuk #Badri end up dengan #Tania, tapi aku still team dia. T_T *credit

Aku suka sangat watak beliau dalam cerita ni. Gentleman. Yang lebih gentleman lagi aku dapat tau beliau ada blog. Bukan #Badri tapi Hafreez Adam na. Aku terus jatuh cinta dengan penulisan beliau. Penulisan yang mudah untuk aku hadam dan setiap apa yang dikongsikan dalam tu memang kena sangat dengan jiwa aku. Ehh silap, tak semua pun sebenarnya. Sebab blog ni beliau share dengan kawan. Kalau kalian pun nak baca, boleh baca blog mereka kat SINI.

OST drama #BilaHatiBerbicara ni pun best. Aku download semua lagu kat bawah ni kat sini. Yep, aku download lagu slow-slow ja.


1. Siddiq Safian - Engkau

2. SyamKamarul - Selamaku Bernafas

3. iamNEETA - Jatuh Cinta




*notabawah : teringat pulak kat watak Habib dalam novel Takdir Airmata Cinta oleh adik Jie Najihah.
Penyebab sebenar aku terjebak dalam drama ni. HAHA.




37 comments:

  1. kita tak tengok drama ni sbb layan drama cina kat tv8..hahahaha

    eh,nak buka blog khas memang nanti tak terurus..tak apa campur ja dalam blog ni.. tapi semua terpulang la pada sis.. huhu

    dah singgah blog beliau,kita suka baca blog macam tu simple ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cita cina apa kat tv8?best ka?hehe

      tu la, dok pikir camtu gak. hmm,tengok la camna.

      simple pun ya jugak, ayat2 pun best gak. ^^

      Delete
  2. Akak belum berpeluang nak tengok cite ni lagi.

    ReplyDelete
  3. tengok marathon 15 episod??huhu, hebat la..lama akak x tengok cerita marathon..dulu rajin tengok drama korea secara marathon..mau berjam-jam jugak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sebab tu saya tengok dua hari. tapi 15 episod pun 39 minit ja satu episod. kalau cita korea 1jamlebih. memang berjam2 jugak. hehe ^_^

      Delete
  4. Replies
    1. boleh la buat layan bila bosan2..nak kata best terlampau tu idok lerr. hehe.

      Delete
  5. haha, mmg xminat citer ni..slow sgt..kiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab heroin kot, macam slow sikit. hero dia okay ja. especially hero no 2. hehe

      Delete
  6. kann sebab dia yg mula kan dulu haizz

    ReplyDelete
  7. Hafreez mengingatkan pada habib gak tadi. wuu
    alahai.. rindu sangat kat novel TAC T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa. lagi setahun nak menunggu sambungannya. T_T

      Delete
    2. kann? lama bnau.. xpe2.. sabar kan haty jela. hee

      suka la ngok pelakon perempuan atas ni.. ayu je.. kalau pakai tdung msty lagi ayu ni ^-^

      Delete
    3. yep, ayu betul. atikah tu muda setahun ja dengan cikfafa. hafreez lak sama umur. hehehe. *nak habaq jugak.

      dah tengok dah dia pakai tudung, memang ayu. tengok kat ig. hehe

      Delete
  8. Hehe. IM tak pernah tengok full lagi. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. ala, cikfafa pun baru ja tengok.

      Delete
  9. layan jugak rupanya.. kita geng .. yehuuuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru ja layan 2 hari lepas. hehe. yayy, sep sikit! ^_^

      Delete
  10. tengok kadang-kadang je. best juga cerita nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, best. tambah2 kat part badri. hahah

      Delete
  11. Tengok juga cerita ni..BAdri memnag gentleman n macho..jatuh cinta jugak dengan dia..bolehkan kita bermadu? kahkahkah...

    uiks, rindu dekat adik Jie n TAC.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa, macho dnegan gentleman gituuuu. perempuan mana tak cayaq. haha. tak mau share2. =p

      cikfafa dok contact gak jie kat fb. so rindu kat tac ja. T_T

      Delete
  12. weh, ang nak tau x, aku konon pas habis cite rindu awak 200% xnak tgk dah slot akasia sbb ganti dia kan cite fahrin. haha. cite fahrin tu sebelah mata ja aku pandang sbb mcm xbest kot. fahrin dah tua. xbest. harap peminat dia x bash aku.

    tapi skarang aku pun terlayan pulak cite BHB ni. haha. sume nye sebab badri sangatlah cool. kelakar kan cite ni. shafiq kyle tu pn ok la dah boleh terima lakonan dia. tapi dia nampak serabai sikit kan. haha. si tania tu pulak mcm kayu pun ada. maybe jarang masuk tv kot. tapi cite ni slow gak r. nasib ada badri ja kan. jom lah sama2 #TeamBadri. kahkahkah. panjang x komen aku. sedih r badri x dapat tania.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. sama la kitaa. mjats pun tak layan gak, sebab bosan tengok hero. takpa, rasanya tak ada kot peminat fa kat sini. hehe

      aku setuju sangat! bagi aku, watak badri ni la yang membuat aku melekat dengan cerita ni.emir tu cute jugak la tang lesung pipit dia, lakonan pun okay cuma tak minat sebab nampak serabai. tania tu dok berlakon filem ja aku rasa. drama tv ni first time kot. memang slow jugak aku tengok watak dia tu. ada jugak part jalan cerita yang slow. tambah2 part yang orang2 setinggan yang tak habis2 nak tuntut pampasan rumah tu. macam meleret sikit. tu la, nasib baik ada badri. penyeri cerita. hehe. Aku dah lama dah #TeamBadri weii. hahaha. memang sedihhhh. Aku harap la ending depa buat twist bagi #Badri dengan #Tania. hehe

      Delete
    2. Amboi hang, nak main twist2 pulak. Kalau la aku pengarah konfem aku buat twist tu weh. Haha. Tania tu budak MIG memang le lakon filem MIG jela. XD
      Kesian la Bad tu. macam pak turut dah gaya dia.

      Delete
    3. haha. tu kalau kita jadi pengarah laa. yala kan, ehehe. tania tu banyak berlakon cerita seram.
      yep,kesian sangat. patut la dia stress berlakon watak #badri.

      Delete
  13. Owh..cerita ke?
    Hehe..xtau sangat cerita kat tv.
    Sebab jarang tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, kak. drama kat slot akasia ni haa. hehe. saya pun tak tengok tv, saya tengok online ja. hehe

      Delete
  14. samalah tngk online tapi tak tengok drama melayi kekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayi pun bolehh. haha. yela, tau. ct layan katun dengan korea ja kan. haha =p

      Delete
  15. Hahahah ayu tgk2 gitu je... watak heroin tak berapa mnjadi sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, slow sikit watak heroin. cikfafa gagah tengok pun sebab badri ja. hahaha.

      Delete
  16. sekali tengok sampai 15 episod..perghhh
    akak jarang tengok drama melayu, hohohoho...berlagaknya dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua hari la kak. bukan sekali. hahah
      saya pun tengok ikut mood ja. kalau rasa nak layan layan. sebab banyak cerita melayu ni mengarut ja lebih.

      Delete
  17. hahahaha. wah-wah, siap teringat kat Habib tu. jangan main-main :P

    x sangka dia ada blog erk..

    ReplyDelete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^