Monday, November 24, 2014

Dubu Dubu Seoul Food Restaurant, Mid Valley

Assalamualaikum.

Dah lapuk pun cerita ni. Ni masa aku pi makan tahun lepas. Masa aku dok belajar lagi.  Actually aku dah pernah buat entri pasal ni, tapi aku terdelete! T_T So, harini aku rasa nak buat throwback balik la. Masa first time ni aku pi makan dengan adik aku dengan kawan dia. Jom layan gambar-gambar :

Ni la dia restorannya. Terletak di lower ground floor, Mid Valley. Tapi sekarang dah renovate kot, sebab tengok kat website dah lain dah.

Nice kan? Lagu kpop pun dipasang.
Cara nak makan pun ditunjuk sekali. Soondubu ni macam menu yang adik aku makan kat bawah.
 
Citron Tea (cold) - RM6.90. Boleh la rasanya.

Peach tea - RM6.90. Haa, yang ni memang sedap. Aku recommend kat hangpa.
 
Spicy Toppokki (ala carte) - RM14.90. Kalau yang set ada diberi sekali dengan 3 jenis banchan(side dish) dan sup seaweed, tapi kami ambil yang ala carte macam dalam gambar ja. Yang ni aku pernah makan dah. Boleh jugak la tekak aku terima. Pedas-pedas gitu.

Korean Spicy Chicken (set)- RM17.90. Set ni termasuk dengan 3 jenis banchan (taugeh, kimchi, kacang panjang), sup seaweed, nasi. Yang ni aku cuba rasa, tapi sebab kimchi banyak sangat, rasa muak.

Kimchi Soondubu Jigae Chicken (set) - RM16.90. Set ni sama macam atas, cuma tak ada sup seaweed sebab dah berkuah kan. Boleh tahan la rasanya. Pedas-pedas.

Honey Garlic Bulgogi Beef (set) - RM20.90. Haa, yang ni menu aku. Set banchan tu sama macam kat atas. Sebelum mai makan, memang aku dah research dulu, ramai cakap menu ni sedap. Bagi aku pulak, yes memang sedap! Lupa nak mention, nasi tu macam sticky rice tau. pun sedap.

Nampak tak tahap kesedapan bagi aku? Licin kecuali bawang holland tu la, banyak betul. Lagi satu kimchi, memang bukan taste aku. Rasa dia masam-masam pedas. Kalau jeruk buah tekak aku boleh terima. Tapi kimchi? NO! Tengok dalam cerita korea nampak sedap ja kan? Tapi bila dah rasa, tidak pada aku. haha
Total semuanya : RM97.90. Boleh la kan sekali sekala, dapat jugak merasa makanan korea.


Yang kat bawah ni pulak second time aku pi makan. Tahun lepas jugak. Masa ni aku pi makan alone! Nampak tak betapa independent nya aku? *cehhh. Nak dijadikan cerita actually barang keperluan aku dah habis. Ajak kawan-kawan aku depa tak mau keluar, sebab masa ni dah hujung-hujung sem. So,dengan beraninya aku pi Mid Valley sorang-sorang. Kenapa aku pilih Mid?Untuk pengetahuan, dari UKM memang ada bas untuk ke stesen ktm ukm. Tunggu ja kat bus stop kolej kediaman, lepas tu naik bas sampai stesen ktm ukm. Then, naik ktm turun ke stesen ktm mid valley. Kiranya macam tak takut la sangat. Turun terus kat Mid. Kalau nak ke Mines yang terletak di Serdang, kena berjalan sikit. Memang aku tak berani sorang-sorang. So, aku pun pi la mid valley. Dah alang-alang tu, aku singgah lunch di Dubu Dubu. Nak cuba menu lain pulak.

Rasa macam loner pulak masa ni. hahah
Nak makan bibimbap ni, gaul ja semua sekali. Macam dalam cerita korea tu haa.

Dol Sot Bibimbap Chicken (set) - RM18.90. Kali ni aku makan bibimbap ( dalam tu ada nasi dengan sayur-sayur, telur mata,kimchi dan digaul dengan sos sambal tu). Lama dah kempunan nak makan, dok tengok cerita korea telan air liur ja. Dah makan ni, lama-lama rasa muak sikit, sebab banyak kimchi dan sayur yang lain. Ayam sikit ja. Overall, boleh la buat merasa sekali.

Peach tea - RM6.90. Sedap!

Total : RM29.95

Sebelum ada yang tanya, halal makan kat sini. Ramai jugak yang dah review pasal restoran ni. Kalau ada teringin nak mencuba makanan korea, boleh la singgah di :

Dubu Dubu Seoul Food Restaurant
Mid Valley
LG-048, Lower Ground Floor,
Mid Valley Megamall ,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.

Tel / Fax: 03-2287 8980

Dubu Dubu ni bukan ada kat Mid saja, kat cawangan lain pun ada. Boleh rujuk pada website di atas. Sekian.


^_^


49 comments:

  1. fuuyooo sedapnyaaa.. nasi wane purple pulak tuu.. tetiba lapaq pulak ptg2 ni ><
    xpna makan makanan2 korea ni. wuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, color nasi yang buat nampak menarik tu. cikfafa pun makan sebab nak merasa ja. kan dulu fanatik korea. hahah

      Delete
    2. fuhh fanatik korea? mesti byk drama korea kan? hee
      kite minat skit2 je. huuu

      Delete
    3. haha. agak la. tapi sekarang semua dah delete. tinggal satu drama ja yang sampai sekarang belum tengok lagi. hehe

      Delete
  2. Thanks buat review ni.
    Ramai dah pi.
    Akak je belum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa, kalau teringin nak cuba boleh la pergi nanti. ^_^

      Delete
  3. tringinnya..hoho..timm suka mkn kimchi dgn bihun sup..pehh! mmg mahsyuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimchi buatan sendiri kah? tekak cikfafa tak boleh terima la kimchi ni. hehe

      Delete
  4. Akak pernah rasa yg spicy chicken tu...not bad! Kena ngan tekak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh laa. tekak orang lain-lain. hehe ^_^

      Delete
  5. Replies
    1. aku pun sekarang mampu tengok ja. haha

      Delete
  6. makanan korea tu.. apcal peg mid xpernah nampak ni..
    adehh ker xtgok btol.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam banyak2 kedai mungkin tak perasan kot. ada kat tingkat LG. area center/south/north yang mana cikfafa pun dah lupa la.. ^_^

      Delete
  7. Sedapnya! Saya memang teringin nak makan dekat Dubu Dubu ni. Tapi kena tunggu balik Malaysia dulu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi! takpa, nanti balik mai makan puas-puas. ^_^

      Delete
  8. Ya Allah cik fafa..seriusly dh lama teringan nak p dubu dubu...tq so much entry ni geee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. pi la cuba, insyaAllah tak menghampakan. most welcome! ^_^

      Delete
  9. Kak!! Seriously, nampak macam best gila :D Even ina tak minat sangat korea, ina memang tertarik sangat nak cuba sebab nampak macam sedap jee :DDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak makan tak perlu minat korea pun. hehe. kalau teringin nak merasa pi la cuba. insyaAllah sedap depends on selera masing-masing. ^_^

      Delete
  10. aaa, dlm wishlist nak makan dubu2 nii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa scha. one fine day, pi la cuba. ^_^

      Delete
  11. Replies
    1. baik2, jangan sampai meleleh air liurnya kat sini. hehe ^_^

      Delete
  12. banyaknya cawangan kat kl, selangor T__T harap ada kat Perak nanti.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada satu kat gurney paragon,penang. tu ja la yang paling terdekat pun sekarang ni. tapi harap jugak la kat kedah pun bukak someday. ^_^

      Delete
  13. Replies
    1. do try! insyaAllah memuaskan. most welcome! ^_^

      Delete
  14. Tak pernah try lagi makanan ni semua..nampak macam best..huhu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cuba la cik mimie. pi dating ka. heheh. tapi kena turun kl atau selangor la. banyak cawangan kat area sana. =.=

      Delete
  15. samalah.. tak berapa gemar ngan kimchi. menu-menu tu nampak sedap la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, tak berapa suka. yep, bukan nampak ja sedap, rasa pun okay jugak. ^_^

      Delete
  16. Dubu-dubu...blm pernah cuba lagi
    member pernah buat kimbap n rasa yg tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinnya member tu buat kimbap. hehe. tapi kat dubu2 ni tak ada kimbap ni.

      Delete
  17. Nampak menarik. Lama dah teringin nak rasa tp tak tersampai lg. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa, nanti cuba la rasa sekali. tengok kena dengan tekak ka dak. hehe

      Delete
  18. skali skala hoookay la nak lenjan duit makan cemni. hari hari kayap poket kekeke.. kat penang da bukak tau satu outlet dedubu ni.. kat gurney paragon. tapi kan ritu CT pi x sesedap kat midvalley ni. orang utara kata ceroi aje kuahnyaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep,sekali sekala boleh la. lagipun ni bukan makanan melayu nak makan tiap2 hari. haha. tau2, kat gurney. yaka?chef lain2 kot, tu yang air tangan lain2 rasa pun lain2 walaupun resepi yang sama.

      Delete
  19. wah..nak dekat rm100 tu..! terbaik..huhu.. kita kluar makan kat luar,syg nak makn mahal.. T__T sekali sekala tu pu jarang gila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. memang la kan, cikfafa pun sayang gak nak makan mahal2. tapi bukan selalu pun. ^_^

      Delete
  20. Alaaa triginnye nak g makan sini... kalau bawak en asben takott dia xlalu nk makan lak.. cik fafa jom tmn ayu makan sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2. hahah. macam la dok dekat nak teman. haha

      Delete
  21. gluppp, telan ayaq liuq tengok mi
    teringinnya nak makan topokki ngan bibimbap tu
    semua ni gara-gara tengok gambar korea la

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi, terpengaruh dnegan cerita. huhu

      Delete
  22. korean food erk kak? alamak, x berkenan sikit la... tapi in shaa ALLAH kalau tekak ley terima satu hari nnnti, saya snggah ^^

    ReplyDelete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^