Monday, November 3, 2014

Dukacita Ka?



Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA dalam Peperiksaan Online yang telah diadakan.


Yes, seperti yang dijangka. Soalan maths pun dah ke laut, bab pengetahuan am lagi la. Soalan personaliti pun agak tricky sebenarnya walaupun nampak mudah. Mostly aku lebih banyak hentam dari fikir. Sebab tu la kot sempat lagi nak ambil gambar semua soalan. hehehe

Aku bagi contoh 3 soalan dah la ya. Antara soalan Section A :

19) Apakah matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA)?
A) Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara ASEAN
B) Menyemai konsep memakmurkan jiran sesuai dengan semangat kerjasma ekonomi antara negara     ASEAN
C) Menghapuskan birokrasi pentadbiran berkaitan urusan import dan eksport barangan negara-negara ASEAN
D) Membantu negara-negara ASEAN memantapkan sumber pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta

25) Defisit perdagangan sering menjadi perbincangan ahli ekonomi. Imbangan perdagangan sesebuah negara dikira dengan kaedah 
A) jumlah pendapatan negara ditolak perbelanjaan negara
B) pendapatan negara ditolak perbelanjaan syarikat-syarikat tempatan
C) jumlah pendapatan eksport negara ditolak jumlah perbelanjaan import
D) pendapatan eksport perkhidmatan ditolak pendapatan import perkhidmatan

31) Salah satu aspek yang ditekankan oleh Inisiatif Pembaharuan  Strategik dalam Model Baru Ekonomi adalah
A) mengukuhkan sektor awam
B) menyatupaduka semua rakyat
C) membina infrastruktur bertaraf dunia
D) menjadikan rakyat lebih kaya dan berpelajaran


Soalan Section B (maths) ni aku sempat ambil satu ni ja sebab masa tak cukup :

Soalan. Apakah yang diwakili oleh P.

Pilihan jawapan.



Antara soalan Section C :

5) Saya tahu atau mahu belajar cara memenangi hadiah untuk kerja-kerja sebagai jurujual atau pemimpin
A) Ya
B) Tidak pasti
C) Tidak

18) Saya mempunyai kebolehan memujuk.
A) Ya
B) Tidak pasti
C) Tidak


36) Saya berminat pekerjaan sebagai juruacara.
A) Ya
B) Tidak pasti
C) Tidak


Dari awal lagi dah agak bukan rezeki aku. Lagipun aku tak ada ciri-ciri pun untuk jadi seorang ptd. Dukacita ka? Sikit pun dak. =P


Kepada siapa yang berjaya aku ucapkan tahniah! ^_^


Nah aku belanja KFC Bombay Fiery Crunch Hotbox Combo Set & Cheezy Wedges. =P

32 comments:

  1. Zumal tengok soalan camtu terus migraine tau. Hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. mau tak migrain. study pun last minit. ^_^

      Delete
  2. nak kepsi. hehe. aku pun xberjaya. main tembak saja sebab masa sangat cemburu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dah bagi kat atas tu. =P
      tau takpa, tu yang section b sempat ambik satu gambaq ja. banyak betul soalan kebarangkalian. tak dan nak pikiaq. hahaha

      Delete
  3. berkerut dahiku melihat soalan2 tersebut. hehe. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak lagi la berkerut dahi masa jawab. haha ^_^

      Delete
  4. Boleh tahan mengancam soalan. Ohh.. sedapnya cheesy wedges..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terancam. tak sedap sangat dah cw sekarang ni. ^_^

      Delete
  5. Oooo pening...
    Xape la cik fafa...
    Blm ade rezeki lagi tu....
    Hahahahah semalam mkn kepsi jugak...
    Tp snack plate je...
    Xde bombay2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu baru sikit soalan yang tunjuk ni haa. kalau tunjuk semua soalan mau serabut sepala. haha
      takpa, tak kisah pun sebenarnya.
      mungkin dah habeh kot. yala, menu special ni ada ikut musim ja. ^_^

      Delete
  6. pehhh susanya soalan.. fuhh.. lg2 math tuhh.. adoii pitam teruihhh -.-'
    kenapakah msti kfc..? help! help ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh, jangan dok buat pitam tang ni pulak..
      help yourself. hahahah =P

      Delete
  7. kawan CT dapat.. tnggu panggil intrview ptd.. takpe Cik Fafa nxt year boleh try lagi. dah ada pengalaman amek exam dia mcm ne. CT pun nak apply nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah untuk kawan ct. ^_^ tak mau dah aihh apply, sebab rasa macam besaq pulak jawatan sebagai ptd ni. nak kena gubal dasar2 yang melibatkan undang2 negara. kalau silap gubal mau tanggung dosa. macam penceramah masa kursus haritu ada cakap ptd ni macam pegawai tanggung dosa. haha. tapi mana2 kerja pun ada baik dan buruknya. takpa, ct apply ja. ^_^

      Delete
  8. Soalam apakahh ini. Hahahaha. (o;TωT)o . kenapa tayang gambar kepsii tuu. Sampaii hatii kak fatin... o(〒﹏〒)o

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan kbkk. =P
      tak tayang aihh, tunjuk ja. hehe. mana2 pun ada kfc. nak pi beli sendiri. =P

      Delete
  9. Soalan2 tu buat akak yg tua ni berasa sangat 'nervous'....lari!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, akak yang tua mesti lagi banyak knowledge. jangan la lari, jawapan pun tak tau ni. haha ^_^

      Delete
  10. hehehe
    tengok soalan pun dah pening
    taknak jawab tapi nak kepci tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, tu baru tengok. tu dah bagi dah gambaq kat atas tu. =P

      Delete
  11. Pergh soalan dia...lebih susah dari IV Cik Mimie tempoh ahri..xpe2..cuba lagi ye Cik Fafa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tau takpa. tak cuba dah aihh. tau dah memang tak layak. ^_^

      Delete
  12. ya ALLAH soalan dia.... baru tengok soalan, dah pengsan.. ini belum soklan lain. adeh -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. actually kalau study semua boleh ja jawab. masalahnya lain yang study, lain yang keluar. haha ^_^

      Delete
  13. Alamak....terus nak gi beli cheezy wedges balik opis nih..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. pi beli nuu. tapi cheezy wedges la ni macam kurang sedap la. isi tebai semacam ja.

      Delete
  14. soalan dia boleh bikin senak perut.
    masa sekolah dlu kalau tak tahu jawapan, pilih jawapan yg paling panjang.
    setakat tu, berjaya lah.. hehe..

    apa barang belanja gambar je cik fafa..
    ahakss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. yaka?awat lambat sangat bagi tips. mana tau kot berjaya jugak. haha

      okay la tu, belanja untuk tatapan. haha^^

      Delete
  15. Xpe...leh cuba lagi..jgn putus asa tauu...hiihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa, bukan rezeki saya. kalau nak cuba lagi untuk jawatan ni memang confirm tak dah. jawatan lain takpa. ^_^

      Delete
  16. apa benda ni..! ahaha..tak apa la kak tak ada rezeki..
    soalan yg mcm ni kena baca betul2..walaupun kita rasa soalan enteng ja.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa, tak kisah. hehe. tapi nak baca betul2 pun tak sempat,masa tak cukup.

      Delete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^