Assalamualaikum..
Kali ni aku nak kongsi pulak pengalaman interview sebagai jawatan Assistant Registrar atau Penolong Pendaftar di MSU (Management & Science University) di Shah Alam. Sebenarnya aku pi interview ni lama dah, awal bulan 10 sebelum raya haji. Disebabkan penyakit malas, sekarang ni baru nak update.
Sebelum tu nak intro sikit tugas seorang penolong pendaftar. Antaranya :
- urusan pengambilan kemasukan pelajar undergrad, postgrad
- operasi umum pejabat dan rekod pentadbiran
- urusan pengambilan staf
- pendaftaran kursus pelajar
- pemeriksaan rekod akademik
- urusan graduation.
Kemudian, tiba hari yang dinanti. Dengan pertolongan pelajar kat situ, aku jumpak science tower, SCHA. Sampai tingkat 15, bagi nama kat pejabat, kemudian aku diberi borang permohonan kerja untuk diisi. Dalam borang ni jugak ada essay yang perlu diisi iaitu elaborate your reason(s) for applying this job (200-250 words). Sebenarnya essay ni ada jugak dalam borang permohonan online masa mula-mula mohon. Jadi, aku karang ja seperti yang aku karang masa mula-mula mohon.
Ikut waktu asal, sepatutnya temuduga ni start pada pukul 2.30 petang. Semua ada 8 orang semuanya yang aku tengok bukan calang-calang orang. Nampak lebih berpengalaman.Turn ikut siapa yang datang dulu. Masa aku sampai tu baru seorang ja ada, kiranya turn aku yang kedua la. Tapi orang pertama pun start lewat dalam pukul 3 petang. Turn aku yang sepatutnya no.2 jadi no.3 sebab akak yang selepas aku tu nak cepat katanya sebab nak masuk kerja balik sebelum pukul 4. Jadi dengan mengalahnya, aku bagi la dia masuk dulu. Seorang 25-30 minit. Pukul 4 petang baru tiba turn aku.
Penemuduga semua ada 2 orang. Semua perempuan melayu. Seorang pendaftar dan seorang lagi penolong pendaftar yang mungkin nak berhenti ni kot. Semua dalam bahasa inggeris. Antara soalan yang ditanya :
1. Introduce yourself.
2. Sebab aku bukan dari bidang admin/pengurusan, dia tanya aku why do i choose to apply this job, not in plant biotech field?
3. Seperti yang kita tahu, penolong pendaftar ni banyak kerja. We have to do admin works, then handle with students, So how do you cope with stress?
4. Are you willing to work over-time(OT) and what time do you willing to go back if doing OT?
5. Are you willing to work on weekends?
6. What about transport and place to stay? Do you have any relatives staying at Shah Alam?
-masa ni aku jawab : it wont be a problem because i can rent apartment nearby and i don't need a transport as it is just a walk distance. (MSU ni strategik betul, dekat dengan apartment/condo, tesco, jalan kaki pun boleh)
7. Do you plan in getting married?
-aku cakap not yet. my priority is to find a permanent job.and i still haven't found the one.HAHA
8. What if you found the one in this school? tersangkut dengan any chef here ka?sebab ramai staff kat sini bertemu jodoh dengan chef.
-aku pun tergamam sat. sekali lagi aku tekankan my priority is to find a permanent job.HAHA
* jawapan semua ada kat diri sendiri. yang atas-atas tu jawab sendiri ja la na. actually ada lagi soalan situasi yang ditanya, tapi aku tak dapat nak recall balik. short-term memory lost. nanti kalau teringat aku update lain.
Oh ya, ada dua saringan tau untuk temuduga ni. Pertama interview yang aku pi ni, iaitu temuduga dengan pendaftar dan penolong pendaftar. Kedua pulak interview dengan HR dan Vice President.
Untuk temuduga pertama ni aku TAK BERJAYA pun. Sebab dah lebih sebulan tak ada panggilan untuk hadir ke temuduga yang kedua pun. T_T
Tapi takpa, aku ambil sebagai pengalaman.
Tak pe, Cik Fafa. Yang penting pengalaman interview dah ada,... :)
ReplyDeletekalau la dalam resume boleh tulis pengalaman interview. ^_^
Deletetakpe..ada rezeki tempat lain.pengalaman juga tu pergi temuduga =)
ReplyDeletehttp;//seronoknyermelukis.blogspot.com
tu la, mudah-mudahan. ^_^
Deletenanti saya singgah,
jgn putus asa ye maybe ada rezeki di tempat lain...confirm ke kala usebulan x panggil tu fail interbie ke 3 bulan
ReplyDeleteinsyaAllah. ya,confirm. dah call tanya dah. dalam masa sebulan kalau tak panggil tu paham sendri-sendri ja la. ^_^
DeleteNme pun pngalaman kn.. ;)
ReplyDeleteBelog Miss Balqis
ya cik balqis. ^_^
DeleteOhh. Soalan nom 8 tuu hahaha. K nak gelak sat. Ok dah habis. Anyway kak.. Good luck. InshaaAllah.. Nanti ada rezeki akak nanti. ^^
ReplyDeleteamboi.haha. insyaAllah. mudah-mudahan. ^_^
DeleteJawapan untuk interview semuanya kene tunjuk full commitment kan.
ReplyDeleteKalau x, hancusss.
Takpe, pengalaman mendewasakan.
ya betul tu. bukan saja mendewasakan malah mematangkan *mungkin. haha ^^
Delete*rasa macam dah comment kt entry ni smlm. mybe intenet tenat sgt kot smlm*
ReplyDeletetakpe cik fafa. yg penting ada pengalaman. xmo sedih2.. inshaallah lepasni dpt yg lebih baik. chayok2 :)
tak ada pun cik nadyya oii. kalau ada mesti dah publish dah. ^_^
DeleteTq nadyya. mudah-mudahan. amin.
Boleh bayang macam mana interview ni..sebab Cik Mimie pun ada pengalaman ini...hahahah..serius nervous giler..apa2 pun gudluck ye Cik Fafa..kalau xde rezeki kat sini..myb dekat tmpat lain..Usaha tangga kejayaan..cewahh :)
ReplyDeletecik mimie pun pernah apply kat sini ka? nervous tu memang laaa. haha. tq cik mimie. mudah-mudahan. fighting! ^_^
Deletetak pe Cik Fafa.. yang penting pengalaman. nak pergi intrview pun sebenarnya perlukan semangat dan keyakinan. CT malas sebab kena pi interviewlah. nak jual diri kat orang-orang yang tanya soalan tu semua. adoooiyai. insyallah ada rezeki kita ni kat mana-mana.
ReplyDeletetu la, kalau kurang keyakinan habis hancuq. tapi bila dah selalu pi interview, improve jugak keyakinan sikit2. mana ada keja tak kena interview cik ct oii, mau tak mau memang kena hadap jugak. interview pun ibarat kita juai bakat dan skills yang kita ada (bukan juai diri). haha. insyaAllah one fine day ct.
DeleteJangan putus asa, mungkin ada rezeki ditempat yang lebih baik.
ReplyDeleteBetoi ka takdak sapa-sapa lagi ni??^_^
tu la, mungkin saya lebih sesuai kat tempat lain ataupun kat kedah ni haa.
Deletebetoi la kak oii, buat apa nak sembunyi pulak. tapi kalau kak nak tolong carikan pun boleh..hahaha
ha, kenapa dia tanya macam tu? biarlah nak bertemu jodoh kat situ pun. bukan dosa pun. yang penting pandai bezakan professional dengan soal peribadi... -.-
ReplyDeletedepa saja tanya kot. hehe ^_^
DeleteInsyaAllah rezeki ada kat tempat yg lebih baik. ;)
ReplyDeleteinsyaAllah. mudah-mudahan. ^_^
Deletepengalaman mengajar kita .. ambil pengajaran ja.. tak apa nanti ada la rezeki awok kat mana2 tempat yg lebih bagus dari ini.. :) think + n teruskan usaha..
ReplyDeleteyep, teruskan usaha. tq nana. ^_^
ReplyDeleteyg penting confident tu kena ada.. ^_^
ReplyDeletebetul tu, sebenarnya yang paling penting confident. =.=
DeleteCF, jom bukak bisnes. xyah p interview. huhu. sama la aku pun susah nak jumpa kerja. tunggu result IV je lani :)
ReplyDeletenak bisnes pun kena ada ongkos gak. huhuuu. buat sementara ni jom la jadi penunggu sama2. haha =p
DeleteBkn rezeki la tu kott... insyaallah ade nnt jugak.. agp ni satu pnglaman
ReplyDelete