Tuesday, November 18, 2014

Mr. Istikharah

Assalamualaikum.


Ketinggalan dan sangat ketinggalan. haha. Tadi baru ja aku tengok telemovie Mr. Istikharah. Cerita terbitan Al Hidayah Production ni dah lama pun ditayangkan di slot cerekarama TV3 bersempena Maal Hijrah yang lepas.



Telemovie ni mengisahkan tentang dua orang kawan karib Aisyah (Amyra Rosli) dan Mastura (Cristina Suzanne) yang mempunyai minat yang sama terhadap ustaz selebriti, Ustaz Kamal (Amar Asyraf). Aisyah dan Mastura  bekerja di sebuah agensi majalah islamik, Muhibbah Agency. Bos mereka, Hj Alif (Fikhree Bakar) bagi tugas kepada Aisyah untuk menelefon semua potential icon untuk majalah terbaru mereka. Tengok-tengok dalam senarai potential icon tu ada nama Ustaz Kamal, jadi si Aisyah ni sembunyikan senarai tu dari kawan dia, Mastura. Selepas tu, secara tak sengaja Mastura terjumpak senarai tu. Esoknya sebelum sempat Aisyah nak telefon Ustaz Kamal tu, rupa-rupanya Mastura dah telefon dulu. Lepas tu bos mereka bagi tugasan yang asalnya tugas Aisyah kepada Mastura sebab dia nak latih Mastura untuk buat event yang besar. Aisyah pulak ditugaskan untuk jaga anak bos dia setiap kali bos ada meeting kat luar. *bos dia ni duda anak seorang. Tengok-tengok yang Mastura telefon sebelum tu bukan Ustaz Kamal tapi PA dia, Hafiz (Ashraf Muslim). Dari situ, Mastura kena berurusan dengan Hafiz. Aisyah pulak marah dengan Mastura sebab Mastura ambil alih tugas dia. Sejak dari tu, mereka bermasam muka disebabkan Ustaz Kamal. Apa yang jadi lepas ni boleh tengok sendiri.


Aku nak kongsikan sedikit antara petikan dialog  dalam cerita ni.



Antara dialog Hafiz kepada Mastura :

  • "Sabar itukan separuh dari iman. Kalau kita nak sesuatu yang baik, kena sabar"
  •  "Saya cuma nak nasihatkan awak. jaga sikit tingkahlaku awak tu. Jangan disebabkan tingkahlaku awak tu boleh memudaratkan diri awak. Contoh, awak kan suka sangat dengan Ustaz Kamal tu kan. Asyik beria tengok dia, merenung dia, sampai terbawak dalam mimpi. ish, boleh jatuh zina hati tau...dalam Islam nak bercinta nak merenung ke ape ke buat selepas kahwin."
  • "Saya tahu awak perempuan yang baik. Awak mempunyai ciri-ciri wanita yang tegas,yang kuat bekerja,yang berkomitmen, suka tolong orang, kelakar, semua ada pada awak. Tapi awak tak payah la buat kerja macam tu. Awak tahu tak, dengan apa yang awk buat tu, dengan tindakan salah awak tu boleh menjatuhkan segala...boleh nampak awak buruk la senang cerita. Ada satu cara, kalau awak betul nak pikat Ustaz Kamal, awak doa pada Allah supaya Allah tunjukkan Ustaz Kamal betul-betul jodoh awak. Mintak dengan Dia betul-betul. Awak kena ingt kalau nak buat sesuatu tu niat kerana Allah,bukan disebabkan nak  dipandang tinggi ke sebab nak dipuji oleh manusia. Sebab manusia ni pun Allah yang cipta."


Ni pulak petikan dialog Bos kepada Aisyah :

  • "Kadang-kadang kita sebagai manusia, kita selalu tersilap. Bukankah soal petunjuk tu hak milik Allah? Cuma Allah yang tahu petunjuk yang terbaik untuk kita. Sama sekali bukan kita,Aisyah. Bagi awak mungkin Ustaz Kamal adalah jodoh yang terbaik untuk awak tapi bagi Allah belum tentu, Aisyah. Bagi Allah jodoh awak mungkin orang yang...mungkin  awak belum jumpa lagi orang tu. So nasihat saya, berhati-hatilah setiap kali awak beristikharah. jangan sesekali kita melangkaui hak-Nya dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita. Kalau tidak, kita yang akan kecewa kerana apa yang kita harapkan tidak dimakbulkan-Nya."


Ni pulak doa Aisyah masa solat istikharah :

  • "Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon petunjuk istikharah dari-Mu, jalan apa yang harus aku lalui demi kebaikan masa depanku, jalan apa yang patut aku tempuh. Kalau sebelum ni aku hanya memohon kepadaMu supaya menunaikan menurut keinginanku saja, tapi kali ni berbeza Ya Allah. Kali ni aku mohon Engkau berikan apa saja yang terbaik untuk diriku kerana aku yakin hanya Engkau saja yang tahu apa terbaik untukku. InsyaAllah, apa saja yang Engkau beri, aku akan terima dengan redha hati."


Best sangat telemovie ni. Jalan cerita menarik dan ada sikit nasihat. Personally aku lebih suka part Hafiz (Ashraf Muslim) dengan Mastura (Cristina Suzanne).Suka tengok gelagat depa. Gaduh-gaduh pun sweet gituuu. Part Bos (Fikhree Bakar) dengan Aisyah (Amyra Rosli) pun okay ja. Salute sangat cerita ni sebab tak ada satu pun adegan berpegangan antara bukan mahram. Dan semua watak perempuan pun memang pakai tudung sentiasa. *macam kat tv al-hijrah. Kalau semua cerita melayu pun buat camni, memang aku respect sangat.

 
Kalau ada yang ketinggalan macam aku jugak, boleh tonton online kat sini. *Better tengok kat tonton ja. sebab video link ni, 30 minit terakhir suara keluar lambat.


^_^















32 comments:

  1. Alamak teringin pula nak tengok. Kena cari masa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. ada masa bosan2 tengok la. ^_^

      Delete
  2. Tak tengok lagi cerita ni..macam menarik nantila godeh2 kat tonton :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, better cik mimie tengok kat tonton. sebab link kat atas tu 30 minit terakhir cerita tu, suara keluar lambat. haha.

      Delete
  3. IM dah tengok haritu. Best! Ada pengajaran yg tersendiri. Paling penting dia scene tunjuk aurat dalam cerita ni. Terbaiikk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, masa IM buat entri pasal telemovie ni, dah bookmark dah cerita ni tapi baru semalam tengok. memang terbaik! ^_^

      Delete
    2. Rasa pelik baca komen IM yg kat atas tu. Adusdus. Nasib Cik Fafa fhm. Nak bagitau yg dlm cerita ni takda scene yg buka aurat. Hehe

      Delete
    3. haha. tu la, masa mula2 baca macam pelik gak, tapi paham ja maksud yang IM nak sampaikan tu. hehe ^_^

      Delete
  4. nampaknya kak wana pun ketinggalan tengok citer ni..sinopsis best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak wana kalau nak tengok tengok kat tonton la. link kat atas tu 30 minit terakhir suara keluar lambat. hehe ^_^

      Delete
  5. serius mmg best cerita ni..ritu tgk dgn famili, xlarat nak gelak..pecah perut la gelagat minah2 ni..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan. suka tengok depa ni berlakon. memang pecah perut. hahah ^_^

      Delete
  6. Akak suka cara Christina Suzanne bawa watak Mastura,..kelakar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?saya pun suka. lawak jugak dia ni.sempoi. ^_^

      Delete
    2. Itulah, tak sangka dia boleh bawa watak kelakar macam tu.

      Delete
  7. amboi ayat die.. dah membuatkn kite tringin nak ngok ni.. hadoii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok la nadya. tengok kat tonton. ^_^

      Delete
  8. Ada tengok separuh jalan haritu. Comei ja christina tu bertudung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. dia pun pernah dah berlakon bertudung sebelum ni dalam drama bicara hati kat astro. sekali dengan sharnaaz kalau tak silap.

      Delete
  9. amboi Cik Fafa.. siap ade petikan dialog kekeke.. lama tak tengok telemovie. adalah tu malam sabtu ritu.. ape mizah tarzan tu kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah, sebab petikan dialog tu ada point yang tersendiri. ^^
      minah tarzan hajar runcit kot. lama dah cita tu,nampak sangat ct lama tak tengok yerr. hehe

      Delete
  10. kan best kalau konsep sebegini dibawa kpd cara hidup artis di luar.
    inshaAllah jika selalu bertudung dlm cerita akan membuka hati mereka pula utk bertudung betul2 di luar..
    inilah yg dinamakan dakwah dlm lakonan. aiceh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aicehh. haha. tapi betul la yang gee cakap tu. tak mustahil dari lakonan untuk menjadi realiti. mudah-mudahan terbuka hati mereka semua.

      Delete
  11. Tua..ari tu mmg xtgk. Nie pn xcri lg..bz..huhu
    Xpe, nnt nk tgk jgk ;)
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. takpa, tak lari mana pun cerita ni. selesaikan urusan yang penting dulu. hehehe ^_^

      Delete
  12. Ehh mcm best je cik fafa... malam ni nak menonton la... kekekekeje

    ReplyDelete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^