Joli dalam bahasa koreanya bermaksud memasak. (mengikut google translate la)
Sejak dari dulu memang aku berminat sangat nak belajar memasak. Tambah pulak aku ni suka makan. Kalau tv show pun memang suka tengok rancangan masakan.Tambahan pulak zaman sekarang tak payah ada buku masakan pun dah boleh belajar memasak. Just google saja nak resipi apa. This is the main things yang aku suka tentang internet.
So best jugak kalau dapat buat minat ni jadi career. Tapi sebelum tu of course la banyak yang aku kena belajar. Tapi masalahnya keinginan nak belajar tu ada, tapi duit la pulak tak da nak beli bahan-bahan. Lagipun aku ni kan still menganggur. Yala, nak memasak ni, kena banyak try and error. Of course need quite a lot of stuffs.
Seriously aku memang suka masakan yang simple and easy to make. Tak payah keluar duit banyak pun dah boleh buat great cuisine. Dan yang paling penting sedap dan tidak menyusahkan.
Setakat ni resipi simple yang aku pernah try ialah desert macam tart telur, dadih, penkek, ice cream goreng dan yang terbaru ais krim. Semua ni simple and luckily I had successfully made it as a first timer (claps hand).
Minat jugak nak buat pastri macam tart cheese, tart epal or ayam, muffin vanila dan pisang.Terpengaruh dengan novel Finding Mr Flood yang aku dah khatam 2X di mana heroin dalam novel tu sangat suka cooking and baking. Bagi dia, both ialah cara dia release stress. And it's really worked on me. Sebab tu aku suka try (jarang) masak sorang-sorang. Kind of bringing peace to me. Dan dalam novel tu jugak aku tau tentang meringue.
Pedas. Yes. Ini la one of the flavor dalam masakan yang aku suka sangat. Setiap hari makan sambal pun aku suka. Berselera kot aku makan makanan pedas. Tekak orang melayu la katakan.
And one thing yang aku teringin nak try buat ialah tomyam thai yang betul-betul power macam kat kedai tu. and again PEDAS. Selain itu, sambal belacan dan air asam gak. Tapi tak tau la. Mana tahu mereka bubuh MSG kan tu la kot yang power. Tak tau la. Nak kena try kerja kat restoran la kot kalau nak tau.
Bagi aku MSG dengan Garam tu lebih kurang sama jugak baik dan buruknya. Kedua-dua untuk tambah perisa bagi sedap sesuatu makanan. Kedua-dua jugak perlu diambil secara berhemah (tak terlalu banyak). Unless la kalau nak senang dapat penyakit darah tinggi, boleh la kalau nak ambil berlebihan. Lagipun mesti ramai di kalangan kita (termasuk aku) makan mee segera kan. Haa, dalam tu lagi la banyak MSG. So it's up to us to decide.
Bagi aku dalam memasak ni should be no rules. Ada satu cooking show pun cakap camni jugak. Cooking is about our creativity. Kadang-kadang rimas jugak certain people cakap "Eh, jangan potong camni, malu nanti mak mertua tengok" atau"Mana boleh masuk bahan ni, nanti tak jadi". huh, rimas kan? Yang paling penting SEDAP dan MENJADI. Cara kita memasak semua bergantung kepada diri kita. So tepuk dada, tanya selera.
Notakaki : Nanti kalau dah kerja, dah ada duit sendiri, aku nak aim try different recipe every week. Well, at least kena la belajar pasal ilmu rumahtangga kan.=)
No comments:
Post a Comment