Mungkin ada yang dah tau tips-tips ni tapi aku nak bubuh jugak dalam blog aku. Just to jotted down for my reference. Semua ni aku ambil dari footnetwork asia. Best cooking show dalam channel ni. Banyak tips yang berguna. So here are the tips-->
- Jangan ambil kulit limau kasturi/nipis, lemon, yang berwarna putih sebab tu bahagian yang pahit. Ambil bahagian hijau/kuning sahaja.
- Rendam lidi dalam air sebelum nak buat bbq. Tujuan untuk elak lidi terbakar semasa grill. (*patut la sebelum ni lidi terbakar time buat bbq dulu)
- Nak goreng telur mata tanpa alih telur, ialah dengan cara renjis penutup periuk/kuali dengan air & tutup seketika. Wap dari air akan memasak bahagian atas telur. Kalau nak telur kuning cair boleh tutup lebih kurang 5 saat sahaja.
- Nak tau kek dah masak ke belum ialah dengan cara cucuk kek dengan lidi. Kalau lidi tu bila cucuk keluar dari kek dengan bersih, maksudnya dah masak.
- Perap bahan bbq paling kurang 4 jam atau semalaman sebelum grill untuk bagi semua flavor perapan diserap dengan baik.
- Campur serbuk biskut dengan homemade meatball/beef patty untuk membuat meatball yang tidak berderai bila makan.
- Rendam bawang merah yang dipotong ke dalam air ais untuk elak rasa atau bau bawang yang kuat. Sangat sesuai untuk guna dalam salad, ulam laksa, ulam sate.
- Selepas rebus paste, basuh dengan air sejuk untuk stop the cooking process. The pasta will be cooked nicely.
No comments:
Post a Comment