Actually resepi ni aku dapat dari hasil google. Saja nak cari resepi yang tak guna telur. So I found one. Resepi yang aku jumpak ni just guna fresh milk dan coffemate creamer serta biskut oreo. Tapi disebabkan kat rumah aku ketiadaan kedua-dua bahan ni, so aku adjust la sikit (banyak). Jom check out my resepi -->
Bahan-bahan :
- 1 tin susu cair (*instead of fresh milk)
- 10 paket kecil creamer yang dapat dari hotel-hotel yang pernah stay. (*banyak kot ada kat rumah. daripada tak guna so aku guna la)
- 4 sudu besar gula. (*aku tambah sebab susu cair tawar. Tapi kalau hampa guna fresh milk tak payah bubuh gula sebab dah manis dah susu tu)
- 1 sudu kecil esen vanila (*nak bagi rasa vanila)
- biskut oreo
Cara-cara :
- Mix semua bahan kecuali biskut oreo dalam mixer dan kacau sampai sebati. (*actually resepi asal guna blender. Tapi kat rumah aku ada blender cabai ja, so aku guna mixer sebab tak mau la ice cream aku jadi ice cream cabai pulak kan)
- Masuk dalam bekas ais krim dan letak dalam freezer (peti ais) selama 2 jam atau separuh keras
- Selepas 2 jam, keluarkan dan mix lagi sebab nak bagi tekstur yang lembut. (*guna mixer/blender)
- Tabur biskut oreo yang dikepak kecil-kecil (*aku tak hancurkan sebab nak bagi rasa tekstur biskut tu)
- Masuk balik dalam freezer.
- Boleh makan selepas 4 jam.
dan hasilnya-->
Tadaa..Dah makan setengah baru nak upload. Tekstur ice cream ni keras sikit mula-mula keluar dari peti ais. So kena biar sekejap baru senang nak scoop. |
Beza ice cream ni (tanpa telur & ovalette) dan ice cream (ada telur &ovalette) ialah dari segi tekstur. Yang ada telur & ovalette (ice cream part 1) lebih gebu dan creamy berbanding tanpa telur & ovallete.
heheheh selalu je buat aiskrim homade nie...
ReplyDeletebuat perisa coklat
rajinnyaa. sekarang cik fafa dah malas nak buat. beli readymade ja. ^_^
Delete