Saturday, December 20, 2014

Pengalaman Kerja

Assalamualaikum.

Akhirnya terkarang jugak entri pengalaman kerja ni. Sebenarnya jawatan yang aku dapat ni bukan pembantu exam, tapi pembantu tadbir (perkeranian/operasi) secara sambilan selama 3 bulan. Interview haritu pembantu exam, tapi jawatan lain yang ditawarkan. Aku pun baru tau masa hari pertama aku lapor diri hari ahad yang lepas. Tapi alhamdulillah la, mungkin rezeki Allah nak bagi.

Hari Pertama :

Selepas lapor diri kat Jabatan Pendaftar, aku ditempatkan di unit yang kena deal dengan pelajar international. Nahh, ambik ang! haha. Lepas jumpak ketua unit, aku diberi penerangan ringkas tentang tugas-tugas aku. Selepas tu, aku dibawa berkenalan dengan staf-staf lain, Kak Ina, Kak Wati, Kak Ita, Anis, Amir, Abang Nasran, Encik Syukor. Depa semua memang baik-baik belaka. Masa ni jugak aku jejak kasih dengan junior masa sekolah menengah dulu, Anis. Amir tu pulak sebaya aku. Yang lain lebih tua la kan. Awal-awal tu biasala, macam kekok sikit. Malu-malu lagi kan.

Lepas tu  Kak Ina ajar aku untuk buat filing secara manual. Aku jugak diajar untuk isi borang-borang VWR (Visa With Reference) bagi pihak pelajar-pelajar international yang nak memohon student pass untuk dibawa ke Imigresen. Masa hari pertama ni jugak aku belajar guna mesin photostat.  So, untuk hari pertama ni ja la kerja-kerja aku. Dok dalam bilik operasi tu ja. Disebabkan banyak kena buat, so hari pertama ni tak bosan sangat.

Lunch pulak ramai-ramai kat pantri.  Depa semua memang happening, boleh melawak sesama sendiri. Aku pulak yang rasa kekok. Tiba-tiba rasa macam out of place. haha

Oh ya, kat sini sistem punch card dibuat guna cap jari ja. So, setiap hari aku cuma perlu scan jari ja masa pi sebelum pukul 8 pagi, dan waktu balik pukul 5 petang.

unit aku ditempatkan.

Hari Kedua : 

Untuk hari kedua, aku buat benda yang sama macam hari pertama. Aku jugak baru berkenalan dengan staf lain, Puan Emilia, Abang Halim.

Hari Ketiga :

Aku buat tugas yang sama jugak. Sort file student ikut negara masing-masing.

Hari Keempat :

Aku belajar handle student kat kaunter. Masa ni aku tengok ja dulu staf lain yang buat. Tengok camna depa deal dengan student. Kat sini dah rasa sikit tough nya sebab nak kena dengaq teliti student cakap. Majoriti student dari Nigeria, Pakistan. Aku belajar camna nak semak dokumen yang depa bagi untuk renew visa, buat visa baru, dan buat permohonan untuk visa family. Berapa processing fees yang depa kena bayaq. Berapa bayaran untuk visa semua aku kena tau.

Lagi satu, India. Bangladesh, Pakistan ni kalau nak apply visa lain sikit prosedurnya. Borang semua kena submit kat ibu pejabat imigresen di Putrajaya. Kalau student dari negara lain, cuma submit kat imigresen negeri sahaja. Toksah cakap la masa ni, memang blur-blur sikit. haha. Masa ni aku dah buat silap dah. Ada student tu nak bayarkan sekali kat kawan dia, tapi aku buat resit combine kan sekali under satu nama. haha. Tak boleh nak undo dah, sebab dah masuk dalam sistem. Blur betul aku. Nasib baik depa paham. hahah. *dush dush sikit kat muka sendiri!

kaunter yang baru direnovate masa hari kedua

Hari kelima :

Tugas yang sama macam hari-hari sebelumnya. Okay, tak buat silap dah untuk hari kelima ni. haha. Boleh la sikit-sikit. Better dari hari-hari sebelumnya. hehe



Sepanjang seminggu aku kerja kat sini, baru aku paham perasaan orang-orang yang kerja sebagai kerani nak kena deal dengan student dan sebagainya. Nampak macam senang, tapi di sebalik tadbir, kita tak tau camna workload yang depa kena hadap. Memang satu pengalaman baru bagi aku. Walaupun masih kekok lagi, harapnya selepas ni aku dapat menyesuaikan diri dengan sepenuhnya. Semoga Allah permudahkan urusan aku lepas ni. Fighting!


Photobucket

44 comments:

  1. yg pkai cap jari org pgl thump print..
    akk pon xgne punch card.. gne thump print..

    selamat bekeje!
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, panggil thumb print ka. tak tau istilah. hehe

      tq. selamat bekerja jugak buat akak. ^^

      Delete
  2. Apa nama kolej? Hehe. Nasib baik dapat rakan sekerja yang baik2. Okay la tu. jangan tersangkut dengan abam pakistan sudahlah. Hehe.

    Weh, aku baru tau nadia tu baya kita jugak. Kira dia dgn bad memg rakan sebaya la. Muka matured giler. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti aku pm kat fb. hehe. tu la, nasib lagi baik. tak mau aih. aku berkenan kat lelaki melayu ja. hehe

      yaka sama umuq?haha. serious ingat lagi tua. terasa diri kebudak-budakan pulak. pelakon2 semua yang aku tengok 90-liners mesti muka matured2.

      Delete
  3. Pd cikna kerani adalah tunjang sesebuah organisasi, bagusla guna sistem thumb print xleh nk ngelat2x....^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, betul tu. hehe. tu la pasal, tak tau pulak sistem punch card zaman sekarang guna thumb print ja. hehe

      Delete
  4. Alhamdulillah.. tahniah cik fafa. dpt kerja yg lagi baik. tekun jie baca satu peR satu ayat akak sbb kerja akak tu menarik laa.. Nice ! :D

    FIGHTINGG ! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. tapi sambilan ja jie oii. bukan kerja tetap pun. menarik jugak la, dapat berdepan dengan macam2 ragam foreigner. hahah =p

      fighting! ^^

      Delete
    2. kot rezeki mai, akak dpt kerja tetap. hah! hehe. tu yg best, mcm2 ragam kan.. (Y)
      hehe. ^_^

      Delete
    3. mudah-mudahan. hehe, tapi pening jugak la nak melayan.

      Delete
  5. Wah wah wah im speechlesss tho!!!
    hihi.
    Yes. Moga allah permudahkan everything utk kak fafa ye ekeke.
    Fighting!!!!
    jgn nakal nakal ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda-mudahan. amin. thanks qilah!
      fighting!
      tak nakal aih, cik fafa ni pekerja yang paling baik rasanya. hahaha =p

      Delete
  6. Seronok baca entri ni. Selamat menempuh alam pekerjaan ye...sentiasa positif utk belajar benda baru k.
    Take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak farrah atas peringatan. hehe. insyaAllah, keep positive. ^^

      Delete
    2. Yesss, you can do it! Cik Fafa buleh! Semangat! Semangat!

      Delete
  7. wahh bes baca kisah cik fafa bekerja. besnya pengalaman. jd d only 'bunga' kat situ pon ok gak apa. keja bebaik naaa. bak kata HSB -- jgn tergoda dgn abam bangla dah la no =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak syok gak, rasa tercicir. hehe. tujuan nak kerja, bukan untuk digoda dan tergoda. hehehe =p

      Delete
  8. Moga Allah permudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  9. Tak apa.
    Pengalaman tu yg penting.
    Semoga happy2 sokmo.

    ReplyDelete
  10. hahaha. alamak, soalan killer tu. single lagi ke? :P saya pernah kena juga.. siap chargeman kasi no tepon laki tu lagi suh saya kol. bengong. hahahahaha..

    ha'a, kalau international student yang bercakap, saya memang pending sikit... come again, what did you say just now? adoi... -.- kalau group work, memang agak susah sikt...

    seronok juga kerja macam ni.... selamat menempuhi alam pekrjaan dengan jayanya. cewah. haha.x sangka ada nama macam saya juga... tapi ejaan je lain. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. dia nak ngorat amy leteww. hehe. abeh tu amy call tak? =p


      tau takpa, cik fafa asyik sebut "haa?" ja setiap kali dengaq depa cakap. kalau group work tak paham, jenuh jugak la kan. huhu

      mudah-mudahan. hehe. tu la, teringat pulak kat blogger amy ni. =p

      Delete
  11. Semoga dipermudahkan yer urusan kerja Cik Fafa... Selamat bertugas k ^-^

    ReplyDelete
  12. Wah, seronokkan dapat pengalaman baru Cik Fafa :) Hehehe..dun worry mesti lelama t happy dengan kerja ni..percayalah..hehehehe... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, percayalah gituuu. tu la, harapnya macam tu la. hehe

      Delete
  13. wahhh seronoknyaaaa kak :) selamat bekerja kak fafa :)

    ReplyDelete
  14. Wah... semoga cik fafa dimurahkan rezeki lg ya.... good luck kt tempat keja baru

    ReplyDelete
  15. pengalaman berguna.. akak kerja elok2 ya..lama2 nanti ada pengalaman banyak boleh apply kerja lain kalau ada rezeki..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nana atas peringatan buat akak. hehe insyaAllah. ^_^

      Delete
  16. Aipp, nampak mcm youtube. :p
    Tak mudah nk handle foreigner student. Kalau IM mesti gelabah. Hehe. All the best Cik Fafa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tajam betul mata tu. youtube tu staf lain yang bukak. cik fafa fb pun tak bukak tau time kerja. ^_^
      memang tak mudah pun, awal2 cik fafa pun gelabah jugak. sekarang un masih ada sikit2. thanks for wish, insyaAllah. ^^

      Delete
  17. Aipp, nampak mcm youtube. :p
    Tak mudah nk handle foreigner student. Kalau IM mesti gelabah. Hehe. All the best Cik Fafa ;)

    ReplyDelete
  18. wow seronoknyaaaa masuk keje main scan scan jari heheh.. so takleh mngelat sebab cap jari memasing baguuih baguih.. pengalaman tu Cik Fafa.. deal dengan orang yang pelbagai ragam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa la yang cipta sistem ni, tak boleh nak mengelat2. hahaha. tu la, bila deal dengan orang sedikit sebanyak dapat improve keyakinan diri.

      Delete
  19. tempat keje dlu pon kai thump print jugek. hahaha
    kadang2 smpai 3,4 kali ibu jari ni xdpt detect tau.. frust gak time tuu.. hahahaha

    ohh kire ok la keje ni.. kwn2 skerja pon ok.. kite yg kwn2 skerja hnya 9 orang pon mcm2 ragam.. rasa mcm skit jiwa je hari2 keje kt situ.. tp still leh sabar kan.. wuuu T-T

    ReplyDelete
  20. tahniah dah dapat kerja. selamat bekerja yer :)

    ReplyDelete
  21. Bagus tau bila bekerja guna thumb print kita akan lg berdisiplin btw tahniah ye......;-)

    ReplyDelete
  22. Tahniah da dpt kj. Kj elok2. Ade foreigner hensem pass kt akk eh..hikhik

    ReplyDelete