Aku rasa aku dah jumpa passion aku. Memasak! =)
Tidak dinafikan lagi dari dulu memang kesukaan aku ialah makanan. Yes, I'm a food lover. Tapi lagi puas kan kalau boleh masak sendiri something yang menjadi favorite kita?
Spend time watching foodnetwork asia memang lagi enhance my passion. Aku suka tengok cara depa masak. Cara potong, and tips yang berguna yang kita boleh dapat. Except for masak makanan yang tidak halal etc tu tak payah la ikut. Just nak tengok cara dan basic saja.
Lagipun memang enjoyable la tengok cooking show kat channel ni. Truth to be told, aku tengok masakan barat ni lebih cepat dan mudah disediakan berbanding masakan melayu.
Aku pun rasa aku lebih "berbakat" ke arah makanan yang simple2, jenis sweet or dessert type. Sebab tu aku kurang sikit kat masakan melayu. Tapi tak bermaksud aku tak berminat. Bagi aku masakan melayu yang aku masak ni takat so-so ja la. Belum capai expert lagi.
Cooking show versi melayu ni sangat la kurang kat malaysia ni. I mean yang interesting punya cooking show. Host dah okay dah macam sherson dan chefwan. Tapi..exact measure pulak tiada. sepatutnya dalam setiap masakan patut ditunjuk dalam cooking show tersebut. For sure la, kita yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia masakan ni mana nak reti sangat nak agak banyak mana nak masuk sesuatu bahan.Aku tengok rancangan melayu punya depa just cakap "masukkan sedikit bawang", "sedikit gula, etc". What the heck? Kalau takat nak cakap masukkan sedikit, dalam satu camca besar pun dikira sedikit jugak kalau nak compare dengan senduk besar. Ya..ya.. memang la ikut cerdik akal saja, tapi bagi aku untuk freshie ni kena la tunjuk satu-satu. Depa tak boleh la expect kita untuk terus main agak. We are not that expert housewife.
Kalau tengok foodnetwork,memang setiap masakan diberi exact measurement. Dan host pulak pandai nak tackle penonton bagi kita rasa fun untuk try memasak. Tak percaya try tengok foodnetwork. Siap boleh gelak-gelak lagi aku tengok sebab cara pendekatan mereka memang menarik minat kita.
Kan best kalau tv buat satu channel yang khusus untuk cooking show yang diterajui oleh hos-hos berbangsa melayu yang boleh tunjuk semua masakan fusion termasuk masakan melayu yang aku nak belajar sangat. Apa guna masterchef kalau tidak dijadikan hos untuk sesuatu rancangan masakan?Lebih manfaat dan lebih memberi pengetahuan kepada penonton. Aku harap lepas ni banyak la cooking show yang macam foodnetwork. Better daripada rancangan lawak atau nyanyi yang tidak mempunyai input yang bermanfaat terhadap penonton.(ini hanya pendapat aku)
Notakaki : lelaki yang memasak ni memang adorable pada pandangan mata aku..cewaah..Based yang aku tengok kat food network la. Selalunya lelaki yang rajin masak ni memang family-type guy. Maybe I should find one? Bestnya kalau dapat masak sama-sama. haha. =P
No comments:
Post a Comment