Wednesday, December 31, 2014

Babai 2014

Assalamualaikum.

Sat ja rasa masa berjalan. Tup tap tup tap dah masuk minggu yang ke-3 aku kerja.  Untung jugak tau kerja di bahagian yang busy, masa kita pun tak terbazir macam tu ja. Tak la rasa macam makan gaji buta. Banyak jugak benda yang aku belajar kat sini. Cuma bila ada masalah, haa mau stress jugak la. *kerja apa pun memang ada cabarannya kan. ^_^

Lagi berapa jam lagi dah nak masuk tahun baru. Banyak benda baik dan buruk yang berlaku kat Malaysia pada tahun 2014 ni. Dengan berita flight, ribut, banjir. Dugaan buat kita semua. Apa-apa pun, yang pasti semua yang berlaku ada hikmahnya.

Dalam hidup aku pulak, sepanjang 2014 ni banyak bagi pengalaman dan pengajaran kepada aku. Permulaan tahun yang mungkin agak bitter bagi aku, tapi alhamdulillah ada yang sweet pada penghujung tahun ni. Alhamdulillah for everything!

Ada azam yang dah tercapai, ada yang belum. Semua orang pasti mengharapkan  agar dapat jadi yang lebih baik dari yang sebelumnya termasuklah aku.Walaupun tak perlu tunggu tahun baru pun untuk berubah sebenarnya. Selagi masih ada hari untuk kita, takkan pernah terlambat jika nak berubah.

Yang mana azam yang tak sempat nak capai lagi, jom pakat postpone pi tahun 2015. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Tutup buku lama, jom bukak buku baru, lepas tu copy paste azam yang lepas. hehe



"Masa lalu adalah kenangan,
Masa kini adalah kenyataan,
Masa depan adalah harapan,
Selamat Tahun Baru 2015,
Selamat tinggal kenangan,
Selamat datang harapan"

-copy paste-
 
Photobucket

25 comments:

  1. semoga 2015 lebih baik buat kita :D

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2015..moga 2015 memberi sinar ceria buat kita semua :)

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru fafa. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya


    Jemput join bloglist Anis
    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/12/segmen-bloglist-januari-2015-by-anis.html
    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. sedikit sebanyak, 2014 meninggalkan kesan mendalam. tahun yg paling cepat berlalu bg sy. bagaikan tahun yang hilang :'(

    ReplyDelete
  5. Happy 2015, Cik Fafa. Moga dgn azam baru, semangat baru,..2015 akan jadi tahun yg lebih bermakna.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun Baru Cik Fafa :) Jom2, pakat CF azam kita...hehe

    ReplyDelete
  8. Selamat TAhun BAru cik Fafa..apa azam tahun baru 2015 nih

    ReplyDelete
  9. Semoga 2015 lebih indah.. babai 2014.. ^^

    ReplyDelete
  10. Semoga 2014 akan menjadi lebih baik :)

    ReplyDelete
  11. semoga tahun baru ni mempunyai semangat yang baru..
    terlalu banyak kenangan sedih tahun 2014...

    ReplyDelete
  12. ucapan saya sama mcm yg lain2..hehehe..
    bagus jga kerja busy sbb tak ada la boring..

    ReplyDelete
  13. Selamat tahun baru Cik Fafa. Moga tahun ni beri lebih banyak kebaiakan untuk kita semua, insyaAllah ;)

    ReplyDelete
  14. Salam singgah cikfafa..hepy new year..")

    ReplyDelete
  15. happy new year kak :)) jom sesama postpone azam tak tercapai tahun ni pergi hehehe ^^ banyak jugak tu .. semoga azam yg akak impikan tercapai :)

    ReplyDelete
  16. Sllu sgt copypaste ha. X trcapai..hihi

    ReplyDelete
  17. selamat tahun baru.
    semoga lebih success

    ReplyDelete
  18. adoooiyai yang tak kerja ni stress hahaha
    duduk rumah goyang kaki pun stress haha

    ReplyDelete
  19. Sama2lah kita mengambil iktibar.
    Jangan dilupa musibah uang menimpa sekelip mata. Ni baru sikit je Allah tunjuk kebesarannya.

    ReplyDelete
  20. semoga 2015 membawa kenangan yang lebih indah. in shaa ALLAH :)

    ReplyDelete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^