Assalamualaikum.
Sebelum pi kat soalan temuduga, aku nak intro sikit pasal jawatan ni. Pembantu tabir peperiksaan ni tugasnya kena jaga exam.
*yalah, takkan nak jaga baby pulak kan?hoho. Antara tugasnya kena edar kertas soalan, borang jawapan omr, check slip masuk exam, check kad matrik, etc. Masa final exam mesti perasan kan budak-budak yang dok jaga exam tu? Kalau nak mintak benang mintak kat depa. Kalau kertas jawapan tak cukup mintak kat depa. Nak pi tandas pun habaq kat depa dulu. Hahh, tu la diaa. Jawatan ni gred N17, perlu SPM dan macam kita tau exam ni bukan selalu, jadi hanya perlu bertugas masa exam ja. Pendek kata kerja secara sambilan la. Habis exam habis la kerja. Kalau bernasib baik, depa serap jadi staf tetap kalau ada jawatan kosong. Tu la yang aku tau pun.
Ramai jugak calon-calon tadi. Ada la dalam 18-20 orang
*kalau tak silap kira la. Haa, tu baru sesi pagi, sesi petang pun ada. Lama jugak menunggu, sepatutnya start 8.30am, tapi 9am lebih baru start. Tapi depa sediakan breakfast. Dapat la roti dengan air sekotak. Makan la dulu sementara menunggu.
Cukup la kot mukadimahnya.
Haa, sebelum tu. Temuduga ni 5 orang calon sekali masuk. Panel penemuduga pulak ada 2 orang. Seorang penolong pengarah dan seorang lagi pulak penolong pendaftar hal ehwal akademik. Actually ada seorang lagi, urusetia. Tapi yang tanya soalan 2 orang ja la.
Okay dah, jom tengok soalan
*soalan-soalan kat bawah aku guna ayat aku sendiri sebab aku ingat point soalan ja. :
1. Introduce yourself in english.
2. Ada sedara mara atau family tak yang kerja kat sini?
3. Apa yang kamu tau pasal jawatan ni?
4. Ada kenderaan sendiri tak?
*depa nak cari calon yang independent.=.=
5. Kalau ternampak ada pelajar yang keluarkan kertas dari poket semasa exam, apa kamu buat?
- rampas kad matrik.
- bagitau ketua pengawas.
*tak boleh nak sound yerr, sebab nanti mengganggu orang lain yang ambik exam.hehe
6. Waktu paling awal kamu boleh sampai kerja?
*penemuduga tu cakap sebaik-baiknya kena ada pukul 7.00am *telan air liur sat. waktu balik pukul 6 pm dan ada dua kali rehat (masa gap exam).
7. Ada masalah kesihatan tak? sebab kadang-kadang perlu jugak angkat kotak yang berisi kertas soalan yang bukan sehelai dua tu.
- alah, takat angkat kotak ja pun. hahah. chopp! chopp! aku tak jawab camni na. aku cakap okay jaaaa. *okay sokmo!
8. Apa yang kamu nak tanya?
- aku tanya pasal bila nak tau keputusan temuduga *kalut betoi. katanya dalam masa dua minggu baru dapat tau.
Tu ja. Simple ja kan? Tapi disebabkan soalan 3 dan 5 ikut "sapa cepat dia jawab", so aku kurang bernasib baik kat situ, sebab aku lambat sikit nak bersuara. hahaha. Tapi takpala, kalau ada rezeki, ada laa. Kalau tak ada, nak buat camna. Aku kena usaha lebih lagi la kan. Sabar tu kan separuh dari iman. Usaha pulak tangga kejayaan. Haa, gituuu.
*ayat menyedapkan hati sendiri, to be exact!lalala