Assalamualaikum.
Akhirnya terkarang jugak entri pengalaman kerja ni. Sebenarnya jawatan yang aku dapat ni bukan pembantu exam, tapi pembantu tadbir (perkeranian/operasi) secara sambilan selama 3 bulan. Interview haritu pembantu exam, tapi jawatan lain yang ditawarkan. Aku pun baru tau masa hari pertama aku lapor diri hari ahad yang lepas. Tapi alhamdulillah la, mungkin rezeki Allah nak bagi.
Hari Pertama :
Selepas lapor diri kat Jabatan
Pendaftar, aku ditempatkan di unit
yang kena deal dengan pelajar international. Nahh, ambik ang! haha. Lepas jumpak ketua unit, aku diberi penerangan ringkas tentang tugas-tugas aku. Selepas tu, aku dibawa berkenalan dengan staf-staf lain, Kak Ina, Kak Wati, Kak Ita, Anis, Amir, Abang Nasran, Encik Syukor. Depa semua memang baik-baik belaka. Masa ni jugak aku jejak kasih dengan junior masa sekolah menengah dulu, Anis. Amir tu pulak sebaya aku. Yang lain lebih tua la kan. Awal-awal tu biasala, macam kekok sikit. Malu-malu lagi kan.
Lepas tu Kak Ina ajar aku untuk buat filing secara manual. Aku jugak diajar untuk isi borang-borang VWR (Visa With Reference) bagi pihak pelajar-pelajar international yang nak memohon student pass untuk dibawa ke Imigresen. Masa hari pertama ni jugak aku belajar guna mesin photostat. So, untuk hari pertama ni ja la kerja-kerja aku. Dok dalam bilik operasi tu ja. Disebabkan banyak kena buat, so hari pertama ni tak bosan sangat.
Lunch pulak ramai-ramai kat pantri. Depa semua memang happening, boleh melawak sesama sendiri. Aku pulak yang rasa kekok. Tiba-tiba rasa macam
out of place. haha
Oh ya, kat sini sistem punch card dibuat guna cap jari ja. So, setiap hari aku cuma perlu scan jari ja masa pi sebelum pukul 8 pagi, dan waktu balik pukul 5 petang.
|
unit aku ditempatkan. |
Hari Kedua :
Untuk hari kedua, aku buat benda yang sama macam hari pertama. Aku jugak baru berkenalan dengan staf lain, Puan Emilia, Abang Halim.
Hari Ketiga :
Aku buat tugas yang sama jugak. Sort file student ikut negara masing-masing.
Hari Keempat :
Aku belajar handle student kat kaunter. Masa ni aku tengok ja dulu staf lain yang buat. Tengok camna depa deal dengan student. Kat sini dah rasa sikit tough nya sebab nak kena dengaq teliti student cakap. Majoriti student dari Nigeria, Pakistan. Aku belajar camna nak semak dokumen yang depa bagi untuk renew visa, buat visa baru, dan buat permohonan untuk visa family. Berapa processing fees yang depa kena bayaq. Berapa bayaran untuk visa semua aku kena tau.
Lagi satu, India. Bangladesh, Pakistan ni kalau nak apply visa lain sikit prosedurnya. Borang semua kena submit kat ibu pejabat imigresen di Putrajaya. Kalau student dari negara lain, cuma submit kat imigresen negeri sahaja. Toksah cakap la masa ni, memang blur-blur sikit. haha. Masa ni aku dah buat silap dah. Ada student tu nak bayarkan sekali kat kawan dia, tapi aku buat resit combine kan sekali under satu nama. haha. Tak boleh nak undo dah, sebab dah masuk dalam sistem. Blur betul aku. Nasib baik depa paham. hahah.
*dush dush sikit kat muka sendiri!
|
kaunter yang baru direnovate masa hari kedua |
Hari kelima :
Tugas yang sama macam hari-hari sebelumnya. Okay, tak buat silap dah untuk hari kelima ni. haha. Boleh la sikit-sikit. Better dari hari-hari sebelumnya. hehe
Sepanjang seminggu aku kerja kat sini, baru aku paham perasaan orang-orang yang kerja sebagai kerani nak kena deal dengan student dan sebagainya.
Nampak macam senang, tapi di sebalik tadbir, kita tak tau camna workload yang depa kena hadap. Memang satu pengalaman baru bagi aku. Walaupun masih kekok lagi, harapnya selepas ni aku dapat menyesuaikan diri dengan sepenuhnya. Semoga Allah permudahkan urusan aku lepas ni. Fighting!