Inti : sekaya
Bahan-bahan :
Doh Pau
250g (2 1/2 cawan) tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis kering
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar minyak masak sawit (*boleh juga guna minyak jagung)
1 cawan air suam
Cara-cara :
- Larutkan gula dalam air suam.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, yis, gula dan minyak. Gaul rata
- Masukkan no 1. sedikit demi sedikit ke dalam bekas no 2.
- Uli sampai doh tak melekat.
- Tutup doh. Biar selama 2 jam. (*actually sejam pun dah memadai tapi masa ni aku tengah masak lunch, so terbiar la 2 jam)
- Tumbuk-tumbuk doh. Potong kepada 10 bahagian bulat. Tutup doh. Biar selama 10 minit.
- Masukkan inti sekaya ke dalam setiap doh. Tutup doh. Biar selama 45 minit. (masa ni susun doh dalam pengukus dan ketepikan)
- Panaskan pengukus (tanpa bahagian atas) sampai air menggelegak baru kukus doh selama 10 minit.
- Sedia dimakan.
jemput =) |
Nota :
- Semasa doh direhatkan selama 2 jam tu, pastikan doh diletakkan di tempat yang panas (tepi dapur api) supaya bagi cepat naik doh tu. Masa ni aku masak lunch,jadi confirm la dapur tu panas)
- Balut pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas doh.
No comments:
Post a Comment