Tuesday, January 14, 2014

Resepi Bun Ikan Bilis

Rajin lagi nak meroti hari ni..

Bahan-bahan :

250g tepung gandum (diayak 3 kali)
4 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung

2 sudu besar mentega (suhu bilik)
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur
50 ml air suam (bubuh sikit-sikit supaya doh tidak terlalu lembik atau terlalu keras)

*inti = sambal ikan bilis (aku guna brahim saja) 

terlebih garing pulak. mungkin boleh kurangkan masa membakar kepada 10 minit.






Cara-cara :

1.  Gaul tepung, susu tepung bersama mentega sampai sebati (guna tangan)

2.  Masukkan yis dan gula. Gaul sebati.

3.  Masukkan telur, garam.

4.  Masukkan air suam sedikit demi sedikit. (kalau doh terlalu lembik letak tepung sikit)

5.  Uli doh sampai tidak lekat di tangan.(10-15 minit) 


6.  Tutup doh dengan kain lembap dan biar di tempat panas selama 1 jam 50 minit (paling minima 50 minit) 
- aku letak dalam oven yang telah dipanaskan. aku letak mangkuk berisi air panas di bahagian
bawah oven.

7. Bahagi doh kepada 10 bahagian dan letak inti sambal ikan bilis Pastikan kuah tidak dimasukkan sekali untuk elak effect pada doh).  
  


8.  Letak setiap potongan  doh (yang telah disusun atas dulang yang disapu mentega) dalam oven macam step no 6. Biar selama 45 minit.  


9.  Keluarkan doh. Panaskan oven pada suhu 180 degree celsius 5 minit.

10.  Sementara tunggu, sapu atas doh dengan telur kuning 


10.  Masukkan doh balik, dan bakar pada suhu yang sama selama 15 minit. Guna api atas dan bawah.
(actually kalau dah nampk doh turns light brown boleh angkat dah. dalam 10 minit. roti ni terlebih rangup pulak kat luar. tapi apa-apa pun masih lembut di dalam)

 


Selamat mencuba =)

4 comments:

  1. Replies
    1. boleh la buat telan sendiri. kalau jual kompem tak laku. haha

      Delete
  2. datang serang blog cik fafa plak...
    bab2 nak meroti ni ayu angkat tangan
    tak pandai lgsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, serang balas nampak? takpa2, roti gardenia banyak. hehe

      Delete

♥ Terima kasih daun keladi ♥
♥ Kalau rajin komen la lagi ♥
^_^