Semalam aku ada post yang aku ada rewind balik gambar aku masa dulu-dulu kan? Sangat berbeza aku dulu dengan sekarang. I mean dari segi berat badan. Ingat lagi time dulu berat aku hanya 45++kg tapi sekarang aku dah tambah berat lagi 20 kg. Mendadak kan? Jeles aku tengok. Ni la akibatnya bila mengganggur lama-lama. Tambah pulak dengan experiment chef-wannabe yang aku buat kan. Lagi la debab.
So harini aku sambil-sambil blogwalking aku terjumpa satu blog ni suggest pump it up kat youtube. Ni macam aerobik la. Aku tengok dari part 1-8. Best jugak, sesuai la untuk beginner macam aku ni. Sambil-sambil tu ada jugak yang aku ikut (kelebihan duduk bilik seorang, at least tak la malu sangat.hehe). Berpeluh jugak la. So sambil-sambil aku ber"exercise", my mum ketuk bilik tanya nak join dia tak aerobik class petang tadi. Mula-mula aku tolak, tapi bila fikir balik baik aku join saja. Dah alang-alang memang aku dok exercise dalam bilik kan. haha. So aku pun pergi la. Lagipun dekat dengan rumah saja. Sejam tapi dengan bayaran RM5. Tapi berbaloi la. Memang peluh satu badan. Rasa ringan ja (perasan, esok confirm sakit badan). Memang fun jugak,step pun boleh ja aku ikut, tak la susah sangat. Lagu pun okay, ada jugak lagu hindustan tapi lagi best koleksi lagu hindustan dalam handphone aku. Rasa macam nak bagi saja suruh cikgu aerobik tu tukar kepada lagu aku. hehe
Maybe lepas ni setiap pagi selepas bangun aku kena start buat basic exercise dalam bilik contohnya macam jogging setempat, push-up, sit-up atau lompat bintang. Semoga aku istiqomah dalam misi mencapai BMI yang sesuai sebab aku kira BMI aku dah dikategorikan sebagai overweight.
Notakaki : Diet tak makan nasi memang tak sesuai dengan aku. Mengarut ja. Cuma sekarang aku aim nak makan nasi segenggam saja setiap kali makan nasi (mengikut cadangan kevin zahri). Semoga berjaya. =)
No comments:
Post a Comment