Ehh, jangan judge dulu daripada tajuk. Well, lately aku ada cakap yang aku still menganggur kan. Unfortunately sekarang aku masih lagi menganggur. >,<
Pengalaman yang aku nak cerita ni pengalaman aku bekerja selepas habis SPM. What, aku pernah bekerja? Macam tak percaya saja kan? Yes, that's reality.
Aku pernah kerja sebagai cashier di sebuah kedai runcit di stesen bus pekan aku. Kedai tersebut ialah milik jiran aku, so confirm la kenal dengan my parent. Masa tu aku saja ja nak try. Konon nak cari pengalaman la kan. Aku kerja kat situ dalam 2 bulan saja kot. Lama jugak la kan? Masa tu kalau tak silap aku sebulan aku dapat RM350. Ni gaji waktu 2008 tau. Kalau nak compare dengan sekarang memang la sedikit. Tapi untuk budak lepas sekolah macam aku dulu memang banyak sangat la tu.Bersyukur. hehe
So basically aku kerja di situ dari pukul 10 pagi sehingga 8 malam. Rehat 2x selama sejam waktu lunch dan waktu asar. Taauke aku tu melayu. Wife dia bukak kedai jahit kat atas stesen bus tu. So memang waktu solat aku solat kat kedai wife dia la. Sebab surau kat stesen bus tu memang menyedihkan. Aku seorang saja tau yang jaga kedai tu, except bila tauke pun ada sekali. Macam-macam pengalaman yang aku dapat (nak sangat kan). Awal-awal tu memang kelam kabut jugak la,tambah bila customer ramai (time naik bus). Dah berapa kali aku silap punch guna mesin cashier tu, memang gopoh jugak la. Tapi nasib la lama-lama aku dah expert. Even nak tukar resit tu pun dah reti. (phewww)
Pagi-pagi rutin aku mesti kena sapu sampah dan mop dulu. FYI, tauke aku tu memang pembersih orangnya. Dia nak semua habuk pun tiada. Jadi,apa lagi, of course la mengelap pun perlu. Even setiap keropok atau balang-balang sweet memang wajib aku kena lap kalau-kalau ada habuk. Dari situ jugak aku belajar jadi seorang yang lebih teratur (walaupun aku ni dari dulu ialah seorang yang permbersih). Label barang memang wajib kena display letak kat depan. Kalau ada yang terbalik, memang kena tegur la aku. Ganti minuman air tin yang sudah habis pun kerja aku la. Basic la kan kerja jaga kedai runcit ni. Nasib baik kecil, kalau besar penat jugak la.
Dari situ jugak aku mula kenal rokok. Eh,jangan judge dulu. haha. Sebagai penjual haruslah kena tahu serba sedikit mengenai jenis-jenis rokok kan. Ingat lagi aku kena jual rokok sebatang jenama dunhill kot pada harga RM0.60. Ada saja budak sekolah yang datang beli, tapi aku bagi ka tak aku pun dah lupa.haha Setiap hari memang ada saja yang beli rokok. Tambah-tambah pakcik teksi, memang dah wajib rokok tu. So hari-hari aku masa tu memang diselaputi dengan bau rokok ja la (rimas).
Tidak ketinggalan kat kedai ni jugak ada jual topup. Topup yang kena tulis tu. Actually pernah jugak aku silap tekan nombor dan send ke nombor yang salah. haha. So tau apa yang aku buat? Aku ganti la dengan duit aku.
Bosan? Kadang-kadang bosan jugak especially bila tiada customer walaupun ada radio. Memang hitz.fm la peneman aku sepanjang aku kerja di situ. Waktu rehat pulak ada kedai makan atas stesen tu. Memang sedap kot. Aku suka makan bihun sup dengan cabai jeruk. Tidak ketinggalan jugak nasi goreng. Awal-awal memang loner jugak la. Tapi bila dah berkenalan dengan kakak-kakak yang jual tiket bus, so terisi jugak la masa aku. Kadang-kadang waktu free masa rehat tu memang dok lepak la dengan mereka (walaupun aku ni pendiam,tapi buat-buat saja ramah).
Tapi semua ni hanya bertahan 2 bulan saja sebab aku dapat tawaran masuk matrikulasi. Apa-apa pun aku still enjoy kerja di situ..=)
No comments:
Post a Comment