Thursday, August 15, 2019

Rumah sewa

Pejam celik cepat masa berlalu.. Dah setahun lima bulan kami duduk rumah sewa ni.. Walaupun hanya menyewa tapi aku suka deko rumah. Tak berlebihan asal sedap mata memandang kami sefamili.  hehe..

Sejak menyewa baru aku kenal eco shop. Memang sangat membantu untuk golongan surirumah macam aku. Nak deko tak semestinya guna barang mahal. Yang murah pun kalau kreatif boleh nampak mahal tau! Hehe. (Perasan kan..!) 

Rumah yang kami sewa ni rumah kos rendah kluster dua tingkat area penang. 3 bilik atas, bawah tak da bilik ya. Rumah tak besar tapi muat sangat untuk kami 3 beranak..😀

Aku minat sangat minimalist black grey white theme untuk ruang tamu. Jadi la kan walaupun barang murah2 ja...hehe...   Sofa tu lepas berapa bulan pindah baru beli..rm400 gak walaupun seat keras. Hahaha! Keras2 pun tu la port favorite aku hari2..  Meja beli kat ikea rm39. Alasmeja grey plak kat mr diy rm3.30...Karpet beli kat pasar kemboja rm100..  Langsir tu aku beli kat shoppee...  Meja orkid tu recycle yang orang bagi ja...Orkid tu plak hasil tangan aku. Saja post kat fb tengok2 ada yang berminat nak beli.. Aku jual Rm20 sepasu..Bertahan la sebulan sebagai sumber pendapatan aku. Tapi sebab aku COD so untung tak banyak pun, habis duit kat minyak kereta ja. So aku decide stop jual.😅  
Meja kabinet tv ni laki aku bawak balik ada orang nak buang laki aku ambik la. Elok lagi kot. Cuma bahagian atas dah terkoyak tapi no prob sebab wallpaper eco penyelamat. Hiasan semua aku beli kat eco. Brick foam kaler biru tu pun beli kat co rm2.10. Kipas lak hadiah kahwin. Meja kipas plak ambik meja sisi kat bilik laki aku kat rumah mertua.



Safety gate laki aku buat guna papan plywood beli kat hardware. Pastu balut wallpaper eco. Hiasan kat dinding beli lat eco gak. Lantai tangga ni simen asalnya tapi kami lekat wallpaper eco kos rm20 untuk wallpaper tangga ni.Setakat ni okay tak licin sangat. Tangga tiles pun licin kot. Dah nama tangga jadi kena berhati2 bila naik turun.


Peti ais ni bemda pertama beli masa mula2 pindah masuk. Rm350 second hand jerr. Cermin dan jam dinding recycle org buang. Pelekat gantung cap tu beli kat eco. Meja makan guna yang recycle pastu balut wallpaper. Kerusi kat ikea rm14 satu... pintu tu actually pintu belakang yang bertembung dengan pintu belakang  rumah org lain.. Hahah.so tak pernah guna pun area tu..



Ruang dapur dan mesin basuh. Meja gas stove dan meja ala2 island tu guna meja lipat tesco ja. Mesim basuh manual tu recycle abg ipaq punya..Selagi boleh pakai memang pakai yg tu ja.takkan upgrade pi auto.hahah.. oven ambik kat umah mama aku sebab ada dua oven...langsir kat ikea. Rm14.90..perkakasan dapur banyak yang beli kat eco dan hadiah kahwin. Glass wallpaper pun beli kat eco.




Bilik utama. Tv recycle org nak buang. Cadar dan meja tv ambik yang lama ja kat rumah mama.

Almari kain beli kat shoppee dah reput kainnya. So beli shower curtain kat mrdiy setel. Almari warna warni tu beli kat IKA rm50.. 

Laki aku diy guna kayu plywood ambik kat rumah mak pastu balut wallpaper belen yang ada. Jimat oii... cermin guna yang lama.

Fefeeling pengantin baru..Bilik deko simple2 ja.. .Awai2 pindah tidoq atas toto ja. Tilam baru ja beli hujung tahun lepas. Katil plak recycle yang lama kat rumah mak. Katil playpen rayyan plak recycle orang bagi.

Lagi dua bilik kami jadikan bilik stor dan bilik pakaian merangkap bilik sidai kain masa hujan dan bilik iron. Anak masih tidoq dengan kami. Sebab baru 1y10m. Nanti la dah tadika baru nak setup bilik kat anak pulak..hihi


Boleh la kan dari takda. Nama pun rumah sewa. Deko selagi termampu dan ikut kemampuan masing2... Nak buat 100peratus tema yang diidam memang makan modal..Lagipun rumah sewa ja kan. Takpa ala kadar sudah... Insyaallah nanti bila ada rumah sendiri (yang tak tau bila jadi kenyataan) aku nak pakai semua perabot dan barang ikea. Hahaha. Harap masa tu murah la rezeki aku. Doakan kami dapat memiliki rumah sendiri one fine day..aminnn..

No comments:

Post a Comment