Friday, August 16, 2019

Penerbangan Bajet..!

MURAHNYA JETSTAR

Tak salah kalau kita travel ke mana saja dengan naik low-cost flight sebab yang pentingnya kita sampai ke destinasi dengan selamat betul tak hangpa semua?

Zaman sekarang ni low cost carrier dah makin banyak especially kalau kita kat Malaysia ni ada banyak airlines company yang kita boleh naik. Salah satu airlines yang makin berkembang sekarang ni ialah Jetstar.



Walaupun low cost tapi korang boleh jugak cari cheapest Jetstar flights kat online especially kat Traveloka.


Aku nak kongsikan kepada hangpa yang aku sayangi ni pasal camna korang boleh dapatkan harga murah di Traveloka :

1. Mula-mula sekali hangpa kena install apps Traveloka atau surf website depa dan hangpa search Jetstar.

2.  Bila dah jumpa under section search hangpa isikan details macam tarikh pergi dan balik, destinasi korang dan juga untuk berapa orang. Suggestion aku ialah korang pilih date yang lama sikit dari sekarang ni, dan bukannya tarikh cuti sekolah atau perayaan. Dengan cara camtu hangpa akan dapat harga yang paling murah.

3. Lepas tu hangpa search dan kebiasaannya harga yang paling murah akan ada kat paling atas sekali. Kalau hangpa puas hati dengan harga tu hangpa terus buat booking dan boleh buat online payment guna kad kredit atau kad debit.

Senang kan? Traveloka ni selamat tau dan boleh dipercayai serta salah satu sistem yang makin famous dan digunakan orang lain sekarang.

 Jetstar is actually based dekat Australia, salah satu low cost airlines yang ada kat dunia. Lebih kurang 75 destinasi yang hangpa boleh terbang dengan Jetstar ni. Dari segi seating lak ada 2 class iaitu Economy Class dan Business Class.

Untuk Economy class hangpa boleh bawak maximum 7kg bag cabin tapi yang pastinya murah.

Economy class Jetstar. Nampak selesa ja kan?

Untuk business class pulak hangpa boleh bawak 2 kali ganda bag cabin dan seat dia luas sikit dari economy class punya seat. Apa-apa pun harga still murah kalau nak dibandingkan dengan airlines lain.

Ni pulak Business class Jetstar..

Kalau korang nak ke borneo pun boleh jugak dengan Jetstar, lagi-lagi kalau nak ke Kuching. Kat Traveloka hangpa boleh juga find out the cheapest flights to Kuching  kalau hangpa berminat.

Dan dekat Kuching banyak gak tempat-tempat yang boleh buat pengalaman bercuti hangpa penuh dengan manfaat. satu lagi cara untuk korang menyaksikan view matahari terbenam yang terindah di Sarawak adalah  dengan melawat Jambatan Darul Hana.

Lawa kan? Pemandangan waktu malam ikon pelancongan terbaru Sarawak- Jambatan Darul Hana

 Bila tiba waktu malam pula, kawasan di sekitar akan dilimpahi cahaya warna-warni yang memukau pandangan. Tak cukup lagi? Dengan bayaran hanya RM1 hangpa boleh menaiki feri yang ditawarkan kat sini untuk menyaksikan keindahan dari kawasan sungai. Selain tu, di sekitar Jambatan Darul Hana juga terdapat pertunjukan pancuran air muzikal yang berdurasi 15 minit pada setiap pukul 8.30 malam dan 10 malam.

Matang Family Park adalah sebuah kawasan taman flora dengan aliran air sungai yang segar dari pergunungan. Terletak hanyalah 22 km dari Kuching, taman ini adalah sebuah hutan hujan tropika yang berkeluasan mencecah 87.50 ekar. Boleh tahan gak besar dia. Untuk masuk kawasan air terjunnya dari tempat meletak kereta juga cukup mudah, menjadikan ianya lokasi yang sesuai dilawati bagi hangpa yang datang bersama keluarga.

Taman rekreasi Matang Family Park sesuai untuk buat gathering bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

 Selain tu, Matang Family Park turut lengkap dengan prasarana seperti platform berjalan kaki, pondok rehat, jambatan gantung, bbq pit, menara pemerhatian, bilik mandi dan bilik persalinan.

Selain tu jom kelilingi diri korang dengan orang-orang muda yang berjiwa keusahawanan di Pasar Malam Metro City.

Pasar uptown Metro city yang famous di Kuching


 Kawasan pasar yang diwujudkan dengan tujuan untuk menambah pendapatan muda-mudi di sekitar Petra Jaya ini cukup meriah dengan jualan aneka makanan dan barangan yang boleh merambangkan mata. Bercakap tentang makanan, antara yang boleh hangpa cuba kalau datang ke sini adalah kopi Vietnam, teh tarik kaw, burger, goreng pisang cheese, kek cheese dan macam-macam lagi yang mengiurkan. Uii.sedap kot! Sambil melihat barangan jualan, hangpa juga akan dapat menyaksikan bermacam persembahan jalanan di sekitar pasar. Rugi kalau hangpa tak pergi.

So apa lagi? Kalau hangpa pun nak merasai pengalaman tu terjah ja laman web Traveloka untuk buat tempahan tiket penerbangan melalui Jetstar.

Semua pun boleh terbang tau! 😊😊😊

No comments:

Post a Comment