Friday, August 23, 2019

Skincare dari Eco Shop

Assalamualaikum.

Panas cuaca lani. Camna la laki aku yang buat kerja tengah panas hari2. Semoga dipermudahkan kerja dia dan dimurahkan rezeki bagai ayaq terjun yang mengalir..aminnn

Untuk golongan surirumah macam aku ni mesti kalau boleh sentiasa nak berjimat kan. Nak beli apa pun mesti pikiaq dulu. Nasib baik la ada kedai eco Rm2.10. Macam2 barang yang boleh beli dari situ. Salah satunya barang skincare dan makeup. Bagi orang yang tak berani cuba barang murah hangpa toksah la pi beli. Beli kat watsons pun okay dah. Tapi bagi aku, aku tak kisah pun nak mencuba. Selagi tak memudaratkan muka aku okay ja.


Antara barang yang aku guna dari kedai eco rm2.10 setiap satu. Mei`s lipstick dan eyeshadow, Verona Sunproof Sunscreen dan Fasmc Face Wash Foam. Bagi aku lipstick dia very pigmented dan moist. Bukan jenis matte yang aku suka.Tapi okay ja untuk sekali sekala makeup.Eyeshadow pun pigmented gak. Ada effect blink2 gitu. Colour pun natural ja tau. Sunscreen plak walaupun spf35++ saja tapi memang sesuai dengan aku. Dekat 6 bulan pakai alhamdulillah muka aku okay. Menyerap dan tak melekit walaupun colour putih. Memang tak bercapuk. Moist ja muka aku. Bila waktu malas makeup memang aku pakai sunscreen ni saja.Glowing ja muka. Untuk pencuci muka plak memang best sebab dia melembabkan muka sebab ada aloe vera kan. Setakat ni okay aku pakai seminggu.Nanti aku bagi feedback after beberapa months pakai ya..








Terpulang pada masing2 nak mencuba barang murah atau tidak. U have extra money then go ahead buy you the better one. But for me these skincare product from eco shop okay saja. Tak la memberikan kesan yang maksimum seperti jenama mahal tapi cukup untuk membersihkan muka dan menaikkan seri muka tanpa breakout.


  • Try at your own risks ya😊



No comments:

Post a Comment